loading...

Remaja Sanggup Muncuri, Taksub Permainan PS4

 

SEBERANG PERAI – Hanya kerana ‘taksub’ dengan permainan video Playstation 4 (PS4), seorang remaja sanggup memecah sebuah rumah di Taman Guar Perahu, Bukit Mertajam di sini untuk mencuri ‘barang idamannya’ itu kelmarin.

 

Harga satu set PS4 lazimnya mencecah RM1,300 hingga RM1,500.

 

Dalam kejadian pukul 1 pagi, pelajar berusia 14 tahun tersebut melakukan kegiatan jenayah itu seorang diri.

 

Selain PS4, dia turut membawa lari sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC milik penghuni rumah itu.

 

Bagaimanapun, tidak sampai 10 jam melakukan perbuatan terkutuk itu, dia diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Pelet, Kubang Semang, Bukit Mertajam.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, selain suspek, dua lagi rakannya yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun turut dicekup.

 

Nik Ros Azhan berkata, hasil soal siasat, penjenayah muda itu mengaku telah menceroboh rumah mangsa dengan niat untuk menjual PS4 itu.

 

“Dia juga mengaku motosikal yang dicurinya itu diserahkan kepada seorang lagi rakannya berusia 15 tahun yang kita turut tahan dalam serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di Bukit Mertajam,” ujar beliau.-Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...