HULU KELANG: Jenazah seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridzuan di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, jenazah dimandikan di kediamannya sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Jenazah kemudian dibawa ke tapak perkuburan kira-kira jam 10 pagi.
Isteri Allahyarham, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, dan anak-anak menyaksikan upacara pengebumian bersama lebih 1,000 sanak-saudara, kenalan dan teman artis.
Allahyarham yang berkecimpung lebih 60 tahun dalam bidang seni, meninggal dunia dipercayai akibat sesak selepas menikmati minum petang ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.45 petang semalam.-Bharian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW