Ketegangan antara Malaysia dengan Korea Utara berhubung isu kematian Kim Jong-nam tidak mungkin akan membawa kepada bibit peperangan antara kedua-dua negara kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, tiada laporan mencemaskan yang diterima pihaknya berkenaan perkara itu sehingga kini, lapor Utusan.
“Sebagai Menteri Pertahanan sudah tentu saya dahulu yang akan tahu tetapi setakat ini saya tidak dapat laporan mengenai perkara itu (peperangan).
“Saya tak nafikan hubungan kita dengan Korea Utara setakat ini memang tegang tetapi tidaklah membawa sampai tahap kepada peperangan,” katanya.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Ashari Md. Sarip
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW