loading...

Tahu Ada Masalah PCOS, Dari Awal Amalkan Minyak Habbatussauda & Zaitun. Lepas Setahun Hamil

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) masalah wanita yang menyebabkan gangguan kitaran haid sehingga menjejaskan kesuburan kerana paras hormon lelaki (androgen) yang tinggi. Folikel yang terhasil gagal untuk matang dan tidak berjaya menghasilkan telur.

Keadaan ini membuatkan ramai wanita sukar untuk hamil. Bagaimanapun perkongsian dari Puan Syaza Yasmin ini mengenai masalah PCOS yang dialami sejak dibangku sekolah dan cabarannya untuk mendapat zuriat sendiri boleh dijadikan penguat semangat kepada wanita lain yang masih belum ada rezeki anak.

Tiada yang gagal jika kita berusaha dan minta doa bersungguh-sungguh dengan Allah. Asalkan niat yang baik semua itu dipermudahkan.

Dari sekolah period tak teratur

Sejak dari kali pertama turun period masa Form 1, saya memang ada masalah irregular period. Biasanya 6 hingga 9 bulan sekali baru period. Tapi dulu anggap perkara itu adalah perkara biasa, tak ada yang serius.

Sehinggalah bila saat kami merancang untuk mengikat tali perkahwinan, saya makin risau sebab bila irregular period, mungkin sukar untuk pregnant. Saya ada bertanya kepada kawan sekolah (sekarang seorang doktor). Tanda-tanda fizikal yang ada pada saya ada kemungkinan saya ada PCOS. Rupa-rupanya tanda-tanda itu dah ada sejak sekolah lagi.

5 Hari sebelum nikah disahkan PCOS

Kebetulan 2-3 minggu sebelum tarikh pernikahan, Klinik Dr Hamid Arshat buat promosi untuk check kesihatan wanita. So saya pun pergi. Kali kedua check TVS iaitu 5 hari sebelum hari pernikahan, saya disahkan ada PCOS di kedua-dua belah ovari. Sepanjang perjalanan dari klinik (di Bukit Jalil) ke kampung (Teluk Intan) tak henti-henti air mata berjurai.

Sempat tanya kepada tunang (masa tu), “Confirm ka engkau nak kahwin dengan aku ni? Kalau kita kahwin, ada kemungkinan kita takda anak.” Encik Tunang balas, “Mesti la nak. Kalau ditakdirkan sampai tua kita takda anak, takpala. Biar kita hidup berdua ja sampai tua.”

Selepas pernikahan (1.6.16), September 2016, saya menjalani Hysterosalpingogram (HSG). Itu pun selepas saya beli ubat untuk turunkan darah haid di farmasi. Sebab Dr Hamid pesan, lepas period baru boleh buat HSG. Tapi saya tak sabar, sebab tak tau bila akan period. Pada hari yang sama buat HSG saya diberikan Clomid untuk 1st round.

Sebulan nikah disahkan hamil tapi keguguran

Oktober 2016, saya check UPT positif. Syukur. Tapi rezeki tak menyebelahi kami. Saya keguguran. Sebelum saya disahkan keguguran, saya bleeding sedikit. Jadi, saya pergi KKIA AU Keramat dan dirujuk ke EPAU HKL. Tapi di HKL saya dikatakan period, bukan keguguran.

Keesokannya, saya tak sedap hati sebab darah yang keluar tak macam darah haid. So kami terus ke Hospital Ampang. Di EPAU Hospital Ampang, saya disahkan keguguran selepas Dr buat pemeriksaan darah dan juga TVS.

Doktor yang sahkan saya keguguran ni saya ingat lagi muka dan nama dia sehingga sekarang (dia juga yang cadangkan untuk induced bersalin awal masa nak bersalinkan Maryam 🤣). Dr Faizal kata, “Takpala awak keguguran pun, tapi sekurang-kurangnya awak tahu awak boleh mengandung walaupun awak ada PCOS)”. Ayat Dr ini yang buat saya kuat sehingga sekarang walaupun saya ada PCOS.

November 2016, saya teruskan ambil Clomid untuk new circle. Sehingga 3 kali circle, masih tidak berjaya. Akhirnya saya Clomid Resistance dan ovum yang terhasil tidak membesar kepada saiz yang sepatutnya. Saya dinasihatkan untuk berehat seketika dan Dr cadangkan untuk buat Ovarian Drilling.

Hampir putus asa

Oktober 2017, saya dijadualkan menjalani Ovarian Drilling (OD) dengan harapan agar selepas ini, usaha ini akan berjaya. 2 minggu lepas OD, saya start ambil Clomid untuk new circle.

November 2017, pada hari subur, kami sangat sibuk. Masa tu buka booth MyHomeLab di Melaka. Jadi, November tu kiranya tak berjaya conceive la.

Disember 2017 selepas Clomid 2nd round, buat TVS doktor tengok ovum ada tapi terlalu kecil. Saiz yang tak sesuai untuk conceive. Jadi, Dr cucuk ubat untuk besarkan ovum.

Dr kata kalau kali ini tak berjaya, kita cuba IVF. Masa ini, saya dah mula down. Saya dah mula putus asa. Bukan sedikit duit yang saya laburkan untuk semua ini. Bukan sedikit masa yang saya habiskan untuk semua ini. Umur pun dah nak masuk 30 masa ni. Emosi makin tertekan.

Saya kata kat suami, kalau kali ini tak berjaya, saya nak stop semuanya. Sebab saya penat. Sangat penat. Hari-hari makan 6-10 biji ubat dan vitamin. Saya dah tak mampu untuk buat benda yang sia-sia. Kalau nak cuba lagi, tunggu la lagi 1 tahun akan datang.

Akhirnya Allah bagi rezeki selepas habis usaha

Januari 2018, check TVS ovum dah ready untuk conceive. Dan akhirnya berjaya juga conceived. Itulah permulaan Maryam. Alhamdulillah berjaya conceived normally dengan bantuan Clomid dan tanpa IUI atau IVF. Doktor katakan Maryam ini ialah precious baby.

Allah beri rezeki ini setelah saya hampir putus asa. Allah beri kegembiraan ini untuk mengubat duka saya yang telah hampir putus asa. Allah beri rezeki ini pada ketika kami berdua sudah bersedia. Alhamdulillah.

Disebabkan tarikh conceive 2 minggu lewat daripada tarikh sepatutnya, maka EDD untuk bersalinkan Maryam pun teranjak 2 minggu 🤣. Ikutkan tarikh akhir period, Maryam lahir awal September. Tadi disebabkan ovum kecil, doktor siap cucuk ubat untuk besarkan ovum, maka Maryam lahir hujung bulan September 🤣.

Betul, kami TTC tak lama. 1 tahun lebih sahaja. Sebab saya tak pernah berhenti berusaha. Sebelum berkahwin lagi saya dah cuba cari punca masalah saya. Dan sejak bernikah, saya sentiasa berusaha. Berusaha bukan in context of bersama suami saja semata-mata. Tapi saya setia patuh dengan cadangan dan nasihat doktor. Saya ikut setiap apa yang doktor cadangkan. Rezeki saya dirawat oleh Pakar Sakit Puan / Pakar Perbidanan tersohor di Malaysia, jadi saya gunakan peluang ini sebaiknya.

Amalkan minyak habbatussauda, minyak zaitun dan vitamin

Antara vitamin yang dicadangkan oleh Dr selain ubat Clomid, Noculat dan Metformin, ialah minyak habbatussauda, minyak zaitun, vitamin C, acid folic dan kalsium. Ini yang saya telan hari-hari sejak saya disahkan ada PCOS.

Dalam wad sebelum bersalinkan Maryam dulu, ada doktor yang puji saya. Dia kata “Awak ni bagus. Tak macam orang lain. Awak tau awak susah nak mengandung, awak terus buat tindakan. Jumpa pakar. Tak macam orang lain, tunggu tunggu tunggu, dah 5-8 tahun kahwin tak mengandung baru nak jumpa doktor.”

Kepada kawan-kawan yang PCOS fighter juga, be positive. Keep on usaha. Ramai dah PCOS fighter yang berjaya hamil. Saya boleh, anda pasti boleh, gitcheewww.

Kepada kawan-kawan yang masih TTC. Cari punca terlebih dahulu. Ada orang yang usaha dengan cara telan ubat macam-macam tapi tak tau punca masalah. Jumpa yang pakar untuk check apa masalah kita. Masalah wanita belum hamil ini kadang-kadang bukan sebab wanita mandul atau tidak subur saja. Masalah lain mungkin disebabkan retorverted uterus, endometriosis, atau boleh juga disebabkan suami yang tidak subur. Masalah pada lelaki ni pun macam-macam. Saya bukanlah ahlinya untuk mengulas.

So, itu lah dia kisah bagaimana kami akhirnya dikurniakan seketul Maryam. Alhamdulillah.

Sumber: Syaza Yasmin

Previous
Next Post »
loading...