loading...

Sejak Hamil Amalkan Air Barli Suam, Kapsul Minyak Ikan. Terkejut Bayi Keluar Lebih 4 Kg

Kehamilan adalah pengalaman bermakna buat seorang wanita. Saat diri disahkan hamil ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental.

Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak dalam kandungan lagi.

Sebaik merancang memiliki cahaya mata, sepatutnya dah ambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan.

Ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan. Malah, menghadapi risiko kematian bayi lima kali ganda berbanding ibu yang mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan menjaga pemakanan mereka.

Menerusi perkongsian dari Puan Farah Natasha Khamaruzaman yang telah menimang cahaya mata pertamanya pada 20 Jun lalu, pemakanan masa mengandung penting untuk lahirkan bayi yang sihat walaupun dirinya berdepan dengan masalah obesiti dan disahkan ada GDM.Ameena Fatimah Lahir pada 20/06/2019 seberat 4.06kg secara czer coz Sy Ibu obesiti soo lemak bnyak smpai doktor cari Ameena Fatimah Xjumpa dlm perut 😂& Sy GDM on insulin. Soo sy nak share apa yg amalkan ms preggy & Alhamdulillah Ameena Fatimah demam kuning just 3hr☺️& Alhamdulillah skali lg Ameena Fatimah tiada rekod masalah apa2 ms lahir seperti paru2, buah pinggang @ dll. Sebab Ibu yg ada GDM on insulin niee risiko dya effect pd Baby kann..Soo Sy just amalkan petua ibu sy

1. Air Barli Suam- Sy Amalkan air barli suam tanpa gula setiap mlm ye laaa kencing manis kann soo sweet2 niee kena cut. Coz Ms preggy badan sy sentiasa rs panas bahang gitu ye laa preggy kan…panas dya lain mcm sikit😁Soo bila sy amalkan Air Barli niee badan rs sejuk laa sikit…bnyak jgk khasiat Air barli niee bila sy amalkan ia dpt merawat kencing kotor, merendahkan kolestrol serta gula dlm badan & the best skali mencantikkan kulit bayi.Try laa amalkan best…

2. Susu- Sy just Minum Susu HL Marigold sedap. Susu HL nie sy ambik seminggu 3kali ja Ms brekfest ye laa Kencing manis xleh minum susu bnyak sgt sbb Gula dlm susu pow bnyak kann. Susu HL niee Ada Folic Acid skali soo salah satu vitamin utk baby ok.

ARTIKEL LAIN [Dalam Pantang Jenis Makanan Ini Cepat Pulihkan Ibu. Tak Semestinya Ambil Pakej Mahal]

3. Kapsul Minyak Ikan (Fish Oil)– Minyak ikan niee sy amalkan sejak awai2 preggy lg. Elok amalkan untuk perkembangan minda & menguatkan tulang anak. Alhamdulillah Ameena Fatimah lahir xdak apa2 alahan yg teruk. Klaw Mommy2 semua tgk org2 luaq negara diorg sll amalkan omega utk minda anak2. So this is the best thing Mommy2 kena ambik ms preggy. Try laa

4. Mineral water atau air kosongBanyakkan minum Air kosong nie mmg Feveret sy. Sy xsuka Air2 manis tp sy dpt kencing manis ms preggy. Mybe sy suka mkn cake kot.

5. Air KelapaAir kelapa semua org taw kann. Soo sy amalkan air kelapa ms kandungan 7bulan smpai beranak. Bnyak jgk khasiat air kelapa nie Mommy2 msti taw kann.

Saiz besar atau kecil, berat atau ringan, putih atau gelap anak-anak kita memang ikut genetik ibu bapa. Tak semestinya ibu bapa saiz besar dapat anak besar kadang ada juga saiz kecil dan tak semestinya ibu bapa yang saiz kecil tak dapat anak saiz besar kan.

Apa-apa kita kena minta anak-anak kita sihat. Tapi apa yang saya nak share sini tentang pemakanan yang saya amalkan untuk beri khasiat & merawat baby dari dalam perut lagi. Ini apa yang saya amalkan untuk Ameena Fatimah. Mudah-mudahan dengan cara ikhtiar ni anak-anak kita lahir dengan sihat. Kebahagian kita bila dah jadi mommy ni, bila tengok anak-anak kita kuat, sihat & ceria selalu.

Sumber: Farah Natasha Khamaruzaman & IG ameenafatimah_88

Previous
Next Post »
loading...