loading...

Baru 2 Tahun Dah Kena Tampal Gigi Susu, Anak Tidur Dengan Susu Di Mulut, Habis Rosak Gigi!

Ketika menyusu, baik menyusu ibu atau menggunakan botol susu, sebaiknya elakkan anak tertidur dengan lebihan susu ini. Lebihan susu yang tertinggal sememangnya memudaratkan gigi anak. Gigi cepat rosak.

Perkongsian ibu ini, Adila Norliz Zaini yang menampal gigi anaknya pada usia 2 tahun boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu lain. Kita ingat anak akan lebih selesa terlena sambil menyusu. Rupanya ia bawa padah pada gigi anak yang masih kecil. Habis gigi rosak dan terpaksa ditampal.

GIGI SUSU JE PUN, BUKAN GIGI KEKAL, BOLEH TAMPAL KE? TAK TAU PUN.

Sebenarnya aku pun baru tahu gigi susu boleh tampal, bila ada kenalan yang anak dia sekolah kat Jepun, sebelum mula persekolahan (tadika), mereka kena buat pemeriksaan gigi dahulu, kalau ada karies (gigi rosak/berlubang) dorang kena buat rawatan terlebih dahulu, supaya kesihatan mulut terjaga dan tak merebak kat kawan-kawan yang lain.

Berbalik kepada kes Adrina, dia memang ratu gosok gigi, tapi ada bad habit, nak susu gantung time tidur, bila dah tertidur susu pun bertakung la kat gigi tu. Dua tahun duk ulang habit tu tiap malam, mana tak rosak gigi tu kan? Even hari hari duk tonyoh berus gigi. Sikit sikit lama lama gigi dah nak tinggal tunggul.

Tiap kali check up, bawa jumpa dentist, tapi duk letak fluoride macam tak jalan. Macam makin worst je gigi tu. Mintak refer to Paed Dental, then buat TCA dengan pakar gigi kanak-kanak, memang dia kata ni letak fluoride gel memang tak jalan dah, boleh hanya selamatkan dengan tampal gigi, tapi umur baru 2 tahun, kalau kena tampal gigi 4 batang, maunya meraung, bukan boleh duk diam kan?

And lagi satu, doc mintak lepaskan susu, sebab kalau tak akan rosak balik. Lagi satu prosedur ni kena bius penuh, yang ni part ramai ibu-ibu susah hati, tak sanggup tengok anak kena bius.

KENAPA PERLU?

Sebagai seorang mak yang gelabah:
1. Aku takut bila baca ada kes, karies teruk, bakteria/kuman attack otak anak, penyakit lain yang datang.
2. Aku takut nanti dah terlambat nak selamatkan gigi anak, still kena buat prosedur yang sama, tp just buang tunggul-tunggul yang melekat kat gusi.
3. Tak nak anak seksa, nak makan susah sebab takde gigi. Hilang nikmat hidup kanak-kanak.
4. Tak nak la dia mula sekolah dengan low self esteem, nak berkawan segan, nak cakap dengan orang segan. Yela semua duk usik “mana gigi?, gigi ada ulat, etc” ni aku cakap berdasarkan pengalaman seorang akak ni yang anak dia pergi sekolah tak bercakap dengan orang sebab takde gigi. Melayu biasalah, memang ramai spesis suka rendahkan orang lain.

Maka, aku setuju nak buat, even ramai mak cik-mak cik akan cakap, gigi susu kan tak kekal, tapi malas nak explain sebab sebenarnya banyak betul my concern, since Adrina baru 2 tahun, kalau biarkan, lagi 5 tahun gigi depan tu memang tak tinggal apa dah.

BERMALAM DI HOSPITAL 2 HARI 1 MALAM

Masuk tengahari, jumpa dengan Paed Dentist & doktor bius sebab dia akan explain balik, dia nak buat prosedur apa kat Adrina esok pagi, kena puasa start 2 pagi sampai settle prosedur dan semuanya.

8 pagi – Aku bayangkan masuk bilik kecik ja, rupanya masuk bilik OT gedabak, terus teringat pengalaman nak c-zer masa bersalinkan Adrina dulu. Situasi sama, tapi Adrina tak gelabah pun, aku yang gelabah lebih. Adrina siap main playground sebelum masuk bilik OT.

Pakar bius datang, masukkan IV line, ubat pertama steady lagi, kat pangkuan aku, masukkan ubat kedua, tak sampai 15 saat, terus jatuh kepala, terlelap, letak terus atas katil operation, baru anaes letak gas pelali tu, boleh nampak dia meronta tak bermaya sikit masa tu. Aku pun tinggalkan OT, rasa nak menitik gak air mata, (memang menitik dah) tinggalkan anak. Doa yang baik baik.

10 am – SIAPPP! Lega weh, Alhamdulillah just tunggu dia betul-betul sedar, kejap kejap dia buka mata, pastu layu balik. Pakar gigi Paed tu explain apa dia buat kat gigi, tampal 4 batang depan, then macam salut gigi yang belakang-belakang, sebab dah nampak ada bintik-bintik putih.

Nak explain details pun tak reti, nanti google la eh. Bila tengok gigi anak, impress kejap gigi anak elok balik. Berseni betul doktor gigi ni, salute! Adrina dah stable bawa masuk ward balik.

Masa kat ward, lama jugak dia nak fully recover dari mamai tu, bangun kejap pastu terlena, gagah nak berjalan jugak, budak mana reti nak rehat. Kejap kejap pegang gigi, sebab tak biasa gigi rasa tebal kot, duk biasa gigi kecik. Pukul 6 petang baru nampak dia fully aktif, mandi then makan. Masa ni, memang nampak dia selesa. Tak mengadu pasal gigi dah. Legaaa! Alhamdulillah. Jom Balik.

KOS BERAPA?
Masa nak bayar stand by 200, mana tau buat gigi mahal. sekali total RM6. Untung jadi rakyat Malaysia. Makan 3x sehari, bukan setakat makanan anak sekali dengan makanan mak pun dapat.

Kalau swasta? Maaf la, takde jawapan, sebab kami suka pergi kerajaan, sebab rasa semua kemudahan lengkap, semua ada. Sebab tu swasta, kalau kes high risk, depa tolak pi kerajaan. Walaupun ramai kata tak selesa (maybe sebab pelawat terhad, kurang privasi, lambat tukar cadar, takde chicken chop/steak) entah apa yang tak selesa entah, ampa nak bercuti ke, nak buat rawatan?

SPECIAL THANKS
– Team Paediatric Dentistry [Dr Hassiah Salleh], Team Dewan Bedah, Doctors & Nurses Wad Anggerik Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Previous
Next Post »
loading...