loading...

Sebab Itulah Pahala Ibu Tak Boleh Dihitung. Sabar Tahan Sakit Badan, Pam Susu Untuk Anak

Untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, kaedah power pumping sangat digalakkan. Caranya mudah sahaja, cuma memerlukan kesabaran kerana ia memakan masa yang agak lama. Demi mendapatkan susu berharga buat anak tersayang, setiap ibu pasti sanggup melakukan apa sahaja agar anaknya kenyang dengan susu ibu.

Artikel Menarik: [Seawal Lahir Selalu ‘Main Mata’ Dengan Bayi, Buat Dia Cepat Cam Ibu Ayahnya]

Begitu juga dengan pelakon cantik, Shima Anuar yang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya. Sesekali berkongsi update tentang stok susu yang dipam, baru-baru ini dia turut berkongsi sebuah foto dengan botol yang dipenuhi susu badannya.

Melalui kapsyen yang mengiringi foto itu, Shima memberitahu dia berjaya mendapat hasil yang meriah dengan kaedah power pumping. Sambil itu, Shima sempat memberi semangat kepada ibu-ibu lain untuk menggunakan cara ini untuk membuat stok susu.

Ada a few dm i cakap pasal power pumping. So i pun google la amende power pumping tu. Power pumping ni u kene pump 20mins then rest 10mins, then sambung lagi pump for 10mins, rest 10mins and sambung lagi pump 10mins. So the result, i dapat ni! Yay! Alhamdulillah. Thank you yang dm i tu. Korang pun boleh try jugak. Tp please be consistent k? ♥️ #powerpumping

Pa&Ma berkongsi kaedah Power Pumping yang boleh anda cuba jika mempunyai masalah susu berkurangan atau merudum:

Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.Jangan risau kerana ada cara untuk ibu mengatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.

Artikel Menarik: [Bayi Bawah 5 Bulan Hanya Kenal Warna Hitam Putih. Rajin Rangsang, Otak Cepat Berkembang]

Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.

ADA DUA CARA

Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah!

Cara Pertama

1.00 petang – Mengepam 10 minit (payudara kanan)
1.10 petang – Mengepam 10 minit (payudara kiri)
1.20 petang – Rehat 5 minit (minum air suam)
1.25 petang – Mengepam 10 minit (payudara kanan)
1.35 petang – Mengepam 10 minit (payudara kiri)
1.45 petang– Rehat 5 minit (minum air suam)
1.50 petang – Mengepam 10 minit (payudara kanan)
2.00 petang – Mengepam 10 minit (payudara kiri)

Artikel Menarik: [Kita Dah Mengantuk, Dia Masih Tahan Mata? Nak Anak Tidur Awal, Elakkan Buat Ini]

Cara Kedua (Jika guna Pam elektrik berganda, ikut cara ini)

1.00 petang – Mengepam 20 minit
1.20 petang – Rehat 10 minit (makan tengahari)
1.30 petang – mengepam 10 minit
1.40 petang – Rehat 10 minit (solat/rehat)
1.50 petang – Mengepam 10 minit

Konsisten Tujuh Hari

Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.

Previous
Next Post »
loading...