loading...

Belajar Hargai Anak Dengan ‘Sandwich Method’, Hasilnya Anak Jadi Superb!

Anak-anak zaman ini sememangnya lain cara didikannya berbanding zaman dahulu. Kini anak-anak semakin membesar dengan bijak malah lebih handal bermain dengan emosi ibu bapa.

Jadi sebagai ibu dan bapa di zaman melinial ini, kita juga perlu menerapkan ilmu-ilmu baru dalam ilmu keibubapaan. Kaedah psikologi antara cara mudah untuk mendidik anak-anak kecil kita. Tidak terlalu berkeras sebaliknya menggunakan cara psikologi tetapi penuh kelembutan. Ini yang dikongsikan oleh Ibu Rose.

Menjaga kebersihan itu sangat penting. Ia dikatakan separuh dari iman. Dan kebersihan hati juga mendahului kebersihan fizikal. Hati yang bersih akan nampak nikmat Allah di dalam mendidik anak-anak dengan sabar dan penuh kelembutan kasih-sayang.

Marah itu juga perlu asalkan tidak memansuhkan kelembutan kasih-sayang. Cuma skilnya sahaja yang perlu dimiliki.

Salah satu caranya ialah “Sandwich Method”. 3 langkah

1- Hargai anak itu.
2- Nyatakan PERBUATAN yang hendak dibetulkan kepada anak.
3- Bersangka baik bahawa anak itu mampu membetulkan dengan lebih baik.

Contoh:- Anak malas belajar dan asyik suka bermain.

Langkah 1-(hargai anak)
Wow, anak mama ni pandai bermain mainan yang mama beli ni! Seronok mama beli sayang hargai pemberian mama macam ni.

Langkah 2- (betulkan kesilapan anak)
Hari tu sayang malas sikit bila mama suruh buat latihan dalam buku, mama rasa sedih. Sebab buku tu mama beli supaya anak mama jadi pandai. Bila pandai boleh tolong ramai orang. Nanti rasa best sangat.

Langkah 3- (Bersangka baik anak akan lakukan apa yang diminta dengan rela)
Mama tahu anak mama ni hati dia baik. Nanti dah cukup 5 minit, sayang ambik buku yang mama beli hari itu dan buat latihan 2 muka surat. Lepas tu tunjuk kat mama. I will be proud of you.

Inilah marah dengan kelembutan kasih-sayang. Sebenarnya anak itu tidak terasa pun dia dimarahi, malah sangat dikasihi. Kuasa kasih pendorong terkuat. Melalui kasih, anak akan mahu mengembirakan ibu bapanya.

Selamat berjaya!

Previous
Next Post »
loading...