loading...

Asyik Minta Susu, Waktu Makan Selalu ‘Ngelat’. Perlu Bijak Rancang Menu, Ikut Favourite Anak

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal? Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi, sup atau roti, anak tetap enggan. Apatah lagi buah-buahan dan sayur, memang langsung tidak dipandangnya. Bagaimana kita sebagai ibu bapa ingin memujuknya untuk makan sajian seimbang? Ikuti perkongsian ini.

Kemungkinan anak anda enggan makan makanan pejal disebabkan kenyang dengan susu. Mungkin anak anda agak kerap menyusu dalam sehari. Umumnya, susu itu sendiri mengandungi banyak khasiat bagi menampung keperluan si kecil. Salah satu penentu ukur sama ada tahap perkembangan dan tumbesaran si kecil adalah berat badan dan ketinggiannya.

Si kecil perlu mencapai tahap yang sesuai mengikut umurnya. Namun, galakan untuk anak untuk makan makanan pejal sememangnya penting. Elakkan memberi susu kepadanya sebelum atau ketika hampir waktu makan.

Ini kerana jika diberikan susu, kemungkinan si kecil kenyang dan tidak mahu makan. Rancang waktu makan dan waktu minum susu. Tiga hidangan utama perlu diambil ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selebihnya boleh diaturi dengan minum susu. Pada awalnya si kecil memang akan meragam, tidak mengapa. Don’t fall to the manipulation. Jangan diberi susu jika si kecil tidak mahu makan pada waktu makan. Anak anda akan belajar untuk makan apabila berasa lapar.

Artikel Menarik: [Bayi Mula Makan, Jangan Excited Bagi Semua Jenis Serentak. Barulah Anak Tak Memilih]

Jika si kecil suka hidangan berkuah, hidangkan sahaja. Namun, pastikan setiap waktu makan, perlu lengkap dengan hidangan seimbang lain. Maksudnya, selain kuah, hidangan lauk berprotein seperti ikan, ayam atau daging perlu ada, sayuran dan buah-buahan juga perlu ada.

Imej makanan sihat perlu sentiasa terpapar pada pandangan si kecil walau pun dia masih belum mahu memakannya. Ini kerana, paparan ini akan menggalakkan penerimaan si kecil dari masa ke masa. Subconcious mind stimulation!

Artikel Menarik: [Tengok Anak Orang Selera, Anak Sendiri Susah Makan Buat Cara Ni. Confirm Boleh!]

Daripada tidak mahu makan kepada mahu mencuba rasa dan seterusnya mahu makan. Usaha ini sememangnya akan memakan masa. Don’t give up. Biskut atau kerepek? Pastikan biskut yang diberikan bukanlah jenis yang manis atau berkrim. Kerepek pula, jika boleh, tidak perlu ada di rumah. Elakkan membeli atau menyimpan makanan yang tidak sihat di rumah. Semoga ibu bapa diluar sana berjaya!

Previous
Next Post »
loading...