Untuk ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata, pastinya masih dalam proses pembelajaran. Masih bingung dan buntu apa yang perlu dibuat jika si manja menangis dan sebagainya. Untuk ibu berpantang pula sudah tentu menghitung hari supaya pulih segera. Begitulah yang dialami oleh penyanyi tersohor negara, Shila Amzah yang baharu melahirkan anak pertamanya tak lama dahulu.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Shila memberitahu perkara yang paling sukar ketika berpantang adalah kerana tidak boleh keluar rumah. Tambahnya lagi, apa itu tidur?
Artikel Menarik: [Bayi Kembung Perut Caranya Rajin Urut Abdomen Si Manja Selepas Mandi]
Tiga hari pertama di rumah adalah yang paling sukar kerana ibu bapa keliru, anak pun begitu. Menurut penyanyi ini lagi, dia bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh suami ketika menguruskan bayi mereka.
Positif dengan hal ini, Shila berkata mereka belajar mengikut peredaran waktu. Biarpun bingung kerana selepas menyamlin lampin dan beri susu, anak tetap menangis, tetaoi kata Shila sudah pasti ibu bapa akan merindui momen ini apabila anak semakin membesar. Tambahnya, hayatilah momen terindah ini sebaiknya.
Syndrome mak mak.. Penuh gambar anak😂
2 weeks down, 30 days to go..
Can’t wait to finish my pantang..
The hardest part for me is, not be able to go out.. And, what is sleep? Hahaha.. The first 3 days kat rumah was the hardest.. Kita pun confuse, baby pun confuse.. 🤣
But we grow as we learn kan? Setiap hari ada benda baru kita belajar.. I’m lucky Alhamdulillah haris pun banyak tolong.. Kita dua kebingungan kalau malam2 tu, dah bagi susu, dah tukar nappy, baby still nangis 😅 tapi juga, kalau dah besar.. Kita bakal rindu moment2 ni.. Terus kita just embrace semuanya💕❤️ #gambarshatakde #modeberpantang #rambutikatjinpakaitoncet
TIP DARI PA&MA
Perkara normal anak suka menangis di tengah malam, walaupun lampinnya kering dan perutnya kenyang. bayi sudah biasa berada dalam ruangan sempit dalam perut ibu, bunyi-bunyian yang didengar berada di ruang lingkup itu sahaja.
Oleh itu, menurut pakar padeatrik dan penulis buku, Dr. Harvey Karp, menggunakan teknik 5S adalah kaedah paling praktikal untuk mendiamkan bayi. Kaedah ini berkesan kerana ia meniru pergerakan serta bunyi yang didengari bayi ketika di dalam rahim.
Artikel Menarik: [Nak Bergaya Punya Hal, Dipakaikan Kasut. Sebenarnya Boleh Buat Tumbesaran Kaki Bayi Terbantut]
Bayi mudah meragam apabila diletakkan di ruang yang sunyi dan tangan serta kakinya bebas bergerak. Dengan kaedah 5S, senario dalam rahim akan diwujudkan semula. 5S adalah Swaddling (membedung), Stomach/Side Position (berbaring secara meniaraap/mengiring), Shush (membuat bunyi white noise), Swig (membuai) dan Suck (menghisap). Kesemuanya perlu dibuat secara berturut-turut supaya anda dapat menghentikan tangisan si kecil.
SWADDLING
Jika dibedung dengan betul, sepatutnya bayi boleh menggerakkan kakinya tetapi tangannya tidak bole digerakkan. Baringkan bayi secara telentang dan pastikan balutan kemas untuk mengelakkan risiko lemas.
STOMACH/SIDE POSITION
Baringkan anak secara meniarap atau mengiring dan tepuk lembut bahagian belakang dan sisinya. Jangan tinggalkan bayi jika ditidurkan dalam posisi ini kerana dikhuatiri bayi tersembam ke atas tilam dan lemas.
SHUUUUSHHHH
Sebenarnya keadaan senyap tidak membantu untuk mendiamkan bayi. Mereka sudah biasa dengan bunyi white noise ketika di dalam perut ibu, jadi sebaiknya jika mereka meragam hasilkan bunyi shuuuuushhhhh berhampiran telingan mereka ketika dia menangis kuat dan perlahankan suara apabila dia sudah mulai senyap.
SWING
Dukung dan buaikan si manja perlahan-lahan. Gerakkan badan anda ke depan dan ke belakang atau ke bahagian sisi sehingga bayi tertidur. Sambil membuai, anda boleh iringi dengan bunyi shuuushhhh.
SUCK
Ada sesetengah ibu bapa yang akan memberikan puting kepada anak. Ia boleh diuat tetapi sebaiknya, cuba ajari anak untuk menghisap jari sendiri. Ini salah satu cara untuk membuatkan mereka menjadi lebih tenang.
SUMBER: SHILA AMZAH & THE ASIAN PARENT