loading...

Beri Anggur, Susu Formula Untuk Kurangkan Kuning Beri Kesan Pada Usus & Bayi Mudah Berkahak 

“Bagaimana susu ibu mengurangkan jaundis?” Ini antara soalan yang kerap kali ditanya. Neonatal jaundice atau istilah lain yang biasa digunakan iaitu “baby kuning” kerap terjadi dikalangan bayi yang baru dilahirkan.

Penyusuan susu ibu adalah langkah terbaik untuk mengurangkan masalah jaundis ini. Namun, cadangan seperti; hentikan penyusuan susu ibu, beri bayi makan anggur atau tambahkan susu formula kerap diberikan sebagai alternatif untuk mengurangkan masalah jaundis.

Satu kebimbangan ialah bila ibu-ibu terus lakukan perkara di atas sebagai langkah untuk kurangkan kuning bayi yang akhirnya beri kesan kepada bayi itu sendiri seperti masalah kepada usus bayi yang belum matang, bayi cirit-birit, berkahak dan lain-lain.

Jaundis pada bayi berlaku kerana darah bayi mengandungi bilirubin (iaitu sejenis bahan yang dihasilkan melalui penguraian sel darah merah). Badan bayi akan kelihatan kekuningan kesan daripada kandungan bilirubin.

Bayi jaundice selalunya lebih suka tidur dan jarang bangun menyusu. Jadi, ibu-ibu perlu kejutkan dan pastikan bayi menyusu dengan kerap. Posisi lekapan juga amat penting supaya bayi mendapat susu yang mencukupi terutama hindmilk sewaktu proses penyusuan.

Jadi, bagaimana susu ibu boleh membantu mengurangkan masalah ‘kuning’ ini?

Kita fahami konsep asas dahulu. Bilirubin yang diproses di hati akan disimpan sebagai bile salt dalam hempedu. Bile salt hanya akan dirembeskan dari hempedu bila terdapat lemak dalam susu. Bile salt dirembeskan dari hempedu ke duodenum usus adalah bertujuan untuk mencernakan lemak.

Jadi, untuk pastikan bilirubin disingkirkan dari hempedu, kena pastikan susu ibu mengandungi LEMAK yang mencukupi. Untuk mendapatkan kandungan lemak dalam susu ibu, ibu-ibu perlu menyusukan bayi sekurang-kurangnya 10-15 minit untuk pastikan HINDMILK (susu yang lebih pekat dan mengandungi lemak) keluar dan diterima oleh bayi. Penyusuan kurang dari tempoh ini hanya akan memberikan bayi foremilk (susu yang kelihatan lebih cair kerana kurang lemak).

ARTIKEL BERKAITAN [Bayi Breastmilk Jaundice, Kuning Lambat Turun, Teruskan Susu Ibu. Jangan Panik Bagi Susu Formula]

Sudah tentulah LEMAK dari susu ibu lebih mudah dicernakan dan tidak akan membebankan usus bayi. Penyusuan yang kerap dalam tempoh yang betul akan memberikan peluang bilirubin disingkirkan dari badan sebagai najis yang berwarna kuning dengan lebih cepat. Dan akan lebih cepatlah proses penurunan masalah kuning bayi itu tadi.

Jadi, ibu-ibu perlu pastikan:

1. Posisi lekapan penyusuan mestilah betul. Posisi yang salah akan menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang mencukupi terutama susu ‘hindmilk’.

2. Jika bayi hanya menyusu sekejap-sekejap kerana tertidur, kejut bayi dengan cara urutan lembut, cycling, etc agar dia terjaga dan dapat menyusu dengan lebih lama.

3. Kerapkan penyusuan susu ibu 1-2 jam sekali agar penyingkiran bilirubin dari badan bayi lebih cepat berlaku.

Harap nota ringkas ini dapat membantu ibu-ibu yang bingung dan keliru tentang fakta berkaitan susu ibu dan jaundis.

Salam penyusuan susu ibu dari,
Puan Nad Masrom
Your breastfeeding peer counselor

Previous
Next Post »
loading...