loading...

Sebenarnya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa. Ini Nasihat Ustazah Siti Nor Bahyah

Wahai ibu sebenarnya bila anak tak dengar kata sebab salah doa dan ikuti nasihat Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai panduan dalam mendidik anak.

Mendidik anak-anak dalam dunia teknologi ini semestinya menjadi semakin mencabar. Banyak perkara yang seharusnya anak belum di dedahkan tetapi telah di dedahkan. Anak-anak jadi lebih ke depan tanpa mampu kita sebagai ibu bapa mengawalnya.

Namun sebagai ibu kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan diasuh dengan baik. Bagaimana sukar sekalipun atau besar cabarannya namun kita harus pikul tanggungjawab ini dengan baik. Perlu prihatin dan sedari setiap sudut agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Justeru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada menyentuh mengenai kesilapan setengah ibu-ibu dalam berdoa.

“Sebenarnya Ustazah tak nak sentuh mengenai kesilapan ibu-ibu kerana jasa ibu-ibu ini besar pengorbanannya. Namun semoga  kesilapan ini kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus perbaiki diri dalam mendidik anak-anak”.

Doa ibu kepada anaknya tiada hijab dan sempadan

Kurang berdoa

Ustazah Siti Noor Bahyah memberitahu bahawa, “adakah kita sebagai ibu ini berdoa sepenuh hati dan kasih sayang. Ini kerana kasih sayang seorang ibu tiada sempadan dan tiada noktah.

“Dalam hal ini, adakah kita berdoa kepada Allah dengan sepenuh jiwa kita dan membayangkan muka anak kala berdoa”, jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN [Jaga Anak Perempuan Tak Semudah Jaga Anak Lelaki. Tanggungjawabnya Besar!]

Beliau turut berkongsi pengalaman cara terbaik mendoakan untuk anak-anaknya, “Ya Allah jadikan anak ku Wan Muhammd Saifullah, seorang anak yang mudah mendengar, anak yang baik, anak daripada kecil tidak meninggalkan solat”.

“Apabila menyebut nama anak secara khusus kita boleh bayangkan muka anak dan fokus untuk anak itu sahaja.

“Begitu juga dengan anak seterusnya. Seperti mana kita sedia ketahui bahawasanya doa ibu ini ajaib. Perkataan ibu adalah merupakan doa. Doa ibu tiada hijabnya di sisi Allah.”

Moga cara doa yang khusus ini kepada anak, menjadi panduan buat kita semua untuk memperolehi anak yang mendengar kata, soleh solehah dan anak-anak cemerlang dunia akhirat.

Previous
Next Post »
loading...