loading...

Balik Lepak Tengah Malam, Rumah Berselerak Kena ‘Pecah’. Mujur Anak Isteri Selamat!

Sesetengah suami mungkin suka keluar malam untuk minum-minum bersama kawan. Tak salah, kerana ia umpama me time untuk suami. Malangnya ada sesetengah suami gemar melepak sehingga awal pagi, tinggalkan isteri dan anak-anak sendirian. Mungkin seronok dapat bersembang dan minum kopi sehinggakan terlupa ada yang menanti.

Perkongsian dari seorang suami yang juga pemilik akaun Facebook Mohamad Faizal Bin Saedon, memuat naik sebuah posting yang bercerita tentang pengalaman rumahnya dipecah masuk oleh perompak ketika dia tiada di rumah. Mujurlah isteri dan anak-anaknya selamat.

Mohamad Faizal

Dalam ceritanya itu, Faizal memberitahu yang dia keluar minum bersama kawan yang datang jauh dari Kota Bharu. Tidak mahu menghampakan kawannya itu, dia menerima pelawaan untuk keluar minum bersama. Ketika dia pulang ke rumah pada jam 2 pagi, dia dapati beg tangan isterinya berterabur di atas lantai tetapi masih tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah menjadi tabiat anak-anaknya bermain dengan beg tangan itu. Kemudian dia ternampak tingkap rumahnya terbuka luas.

Artikel Menarik: [Tak Salah Anak Lelaki Suka Teddy Bear. Itu Yang Membentuk Jiwanya Lebih Penyayang]

Pada waktu itulah dia mula mengesyaki ada yang tidak kena lantas berlari ke bilik. Dia melihat bilik sudah diselerakkan dan banyak barang yang hilang pada malam itu. Selain barang kemas, komputer riba dan gajet juga diambil perompak. Mujurlah isteri dan anak-anaknya tidak diapa-apakan. Sejak kejadian itu, Faizal tidak keluar malam lagi atau jika terpaksa dia akan cuba pulang seawal yang mungkin.

Tambah Faizal, buat suami yang suka keluar malam dan meninggalkan isteri dan anak-anak bersendirian, hentikanlah tabiat itu.

PERHATIAN LELAKI YANG SUKA KELUAR MALAM BALIK LEWAT.

Sudah 5 tahun berlalu. Kisah menakutkan berlaku dalam kehidupan kami.

Malam tu, 16 September 2014 sebenarnya tiada niat nak keluar rumah. Tapi dapat call dari sahabat dari Putrajaya ajak minum di Kota Bharu.

Bersembang sampai lewat, sampai kerumah pada pukul 2:15pg. Buka pintu rumah seperti biasa, tiba tiba tertengok beg wife yang berterabur atas lantai ruang tamu.

Tak syak apa apa sebab anak anak biasa main beg mummy dia macam tu. Sehinggakan terlihat tingkap yang terbuka. Memang tingkap tu tak pernah dibuka.

Artikel Menarik: [Praktiskan Seminggu Sekali Hari Tanpa Gajet. Jangan Penat Melayan Aktiviti Bersama Anak]

Berdebar dan berlari tengok anak anak dan isteri. Kebetulan malam tu, tak pernah lagi mereka tidur berasingan. Malam tu, Maryam Faqihah Amsyar tidur dalam bilik dia, Aishah Nusaibah di depan televisyen dan Nik Azlinda Nik Wan dalam bilik kami.

Suasana dalam bilik pun berterabur, semua laci dibuka. Banyak yang hilang pada hari tu, kerugian barang kemas, laptop, gadget semua disapu pencuri tu.

Tapi dalam kerugian tu, syukur tak terhingga isteri dan anak anak selamat. Masa tu wife tengah kandungkan Adam Abdulrahman.

Wife saya ni sebenarnya telinga lintah semasa tidur. Dia amat mudah bangun kalau bunyi apa apa. Tapi syukur malam tu dia tak bangun. Biarlah pencuri tu ambik semua yang bernilai, asalkan kalian selamat.

Banyak benda saya belajar dalam hal ni, selepas kejadian ni berlaku saya sudah tidak keluar malam. Kalau keluar pun saya akan cuba balik awal dan pastikan pagar berkunci. Ya, malam tu pagar rumah terbuka seluas luas alam.

Artikel Menarik: [Kerap Makan Manis Tiap Pagi, Budak 5 Tahun Tahan Azab Tiga Hari Sakit Gigi]

Ini kisah yang banyak impak dalam kehidupan kami. Dulu hanya fikir orang lain je akan terkena, tidak! Ianya boleh berlaku pada diri sendiri.

Kepada yang baca post ni dan ada tabiat keluar rumah setiap malam balik hingga 2,3 pagi tinggalkan anak bini. Berhentilah! Tindakan kalian akan mudah dibaca utk pencuri buat keputusan utk pecah rumah kalian. Ingat, kisah ini mungkin berlaku pada kalian.

Sesekali kalau mahu keluar malam tidak salah, tetapi beringatlah. ada isteri dan anak-anak yang sedang menunggu di rumah. Pastikan juga semua tingkap dan pintu dikunci rapat sebelum masuk tidur. Lebih baik mencegah, dari menyesal di kemudian hari.

Sumber: Mohamad Faizal Saedon

Previous
Next Post »
loading...