loading...

Najmudin tetap tidak putus asa

Najmudin tetap tidak putus asa

Baru-baru ini Lim Teong Kim telah menyuarakan ketidakpuasan hati dengan sistem Liga Belia di Malaysia yang menyebabkan pemain muda Bawah 16 Tahun negara terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ACL yang dialami.
Penyerang berbakat negara di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu terpaksa berehat panjang dalam tempoh sembilan bulan akibat kecederaan dalam aksi bertemu Kedah dalam saingab Piala Belia minggu lalu.
Pemain kelahiran Selangor ini terpaksa menjalani pembedahan sekaligus memadamkan hasratnya untuk beraksi dalam skuad remaja kebangsaan tahun ini.

Najmuddin, pelajar Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Gambang ini menyatakan bahawa beliau masih mempunyai semangat yang tinggi bagi mengapai impian beraksi di peringkat tertinggi.
Beliau yang membantu skuad Kejuaraan Piala AFC B-16 tahun itu juga mengakui bahawa saingan Piala Belia agak mencabar apabila beraksi menentang lawan yang lebih berusia.
Perlawanan dua hingga tiga kali seminggu memberikan ruang untuk berehat agak terhad.

Sumber :-MStar
Ligakampung.com merasakan bahawa Najmuddin perlu diberikan ruang untuk berehat secukupnya memandangkan beliau mempunyai potensi besar.
Agak menakutkan juga bila mendengar kecederaan ACL ni tapi diharapkan beliau mampu bangkit dan mungkin juga Liga Belia perlu mengatur semula jadual yang terlalu padat tu.

Please follow and like us:

error0
Previous
Next Post »
loading...