loading...

Anak Sepahkan Rumah, Buat Bising Itu Satu Nikmat. Mereka Dah Besar Kita Pula Rindu

Kira beruntunglah rumah bersepah tu tandanya rumah kita diserikan dengan anak-anak kecil. Jika di beri pilihan kepada mereka yang tiada anak pasti jawapan mereka “tak kisah rumah bersepah asal dikurniakan anak, dapat seorang pun jadilah’.

Jadi sebagai ibu bapa anda redalah rumah bersepah walaupun sekali-sekala terdetik juga di hati rasa geram nak marah. Tapi tak semestinya anda buat tak tahu saja bila anak bersepah. Ajarlah untuk si kecil kemas walaupun hasilnya tak sempurna seperti diharapkan.

Lagi satu tengoklah dari sudut positif anak-anak kita ni sebenarnya satu nikmat. Mungkin kita nampak rumah bersih, tersusun elok lega tapi anak pula tak sihat dan sunyi. Automatik kita rindu suasana ceria dalam rumah kan? Jadi syukurlah Allah bagi itu semua untuk ibu bapa terus menghargai kehadiran anak-anak dan mendidik mereka menjadi yang terbaik.

Berikut perkongsian dari seorang bapa, Muhammad Hassan mengenai anak itu sebagai nikmat.

Abi nak peluk, nak main sorok sorok.

Ya Allah bahagia sangat sangat. Anak demam tempoh hari terus saya buat amalan yang Nabi Muhammad S.A.W suruh,iaitu bersedekah.

ARTIKEL LAIN [Seawal Setahun Rajin Rangsang 7 Deria Ini, Impian Nak Anak Bujak Boleh Tercapai]

Hari ini anak betul-betul sihat dan terus ajak main. Rupanya dalam rumah jadi sunyi je bila anak tak sihat,biasanya pergi ruang tamu mesti bersepah dengan permainan dia,kadang kadang masuk bilik mesti dia dok main lompat lompat atas katil,lari lari dalam rumah,jerit jerit,ketawa,ajak main sorok sorok,main tembak tembak,panjat grill tingkap,tarik tudung umie.

Yang kita kadang kadang rasa serabut, tak suka anak bising, tak suka anak sepahkan rumah, itulah moments yang kita selalu rindukan nanti.

Sebab itulah saya selalu cakap kat wife, semua yang anak buat itu adalah nikmat. Pandang semua itu nikmat. Berapa ramai kanak-kanak hari ini tak boleh main lari-lari dalam rumah sebab tiada kaki. Berapa ramai kanak kanak yang tak boleh jerit jerit sebab tiada suara. Berapa ramai kanak kanak tak boleh main lompat-lompat katil sebab lumpuh.

Jika kita hargai anak itu sebagai nikmat, maka kita akan bahagia, tenang, rezeki melimpah ruah, semua orang akan sayang kita, bahkan Allah dan Rasul menyintai kita.

Sahabat. Peluklah anak sebagaimana Nabi s.a.w sentiasa peluk dan cium anak-anak dan cucu-cucu Baginda. Indahnya islam ajar agar kita mendidik anak-anak Bismillah kerana taatnya kita kepada الله Rasul bukan kerana benci,berdendam dan sebagainya.

Carilah emas, intan, berlian yang ada dalam jiwa anak-anak supaya kita sentiasa menghargai mereka lebih dari diri kita. Jika kita kasihi, cintai keluarga ini kerana kasih sayang kepada الله,maka الله akan balas berganda ganda sayangnya DIA Kepada kita.

Sumber: EncikMatt

Previous
Next Post »
loading...