loading...

40,000 Pelari Ubah Dataran Menjadi Biru UntuK Larian KLSCM 2019

Acara Larian Terbesar yang ditunggu-tunggu di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) telah mendapat perhatian 40,000 peserta. Acara yang memasuki edisi ke 11 itu  dimulakan di Dataran Merdeka itu telah berlangsung pada pagi tadi (29.9.2019) . Dalam  kejohanan kali ini , Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq telah mengambil bahagian dalam acara Half Marathon (21 kilometer) . Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad dan Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan YB Dr. Ong Kian Ming juga turut serta dalam acara larian itu.

Acara ‘Full Marathon’ menyaksikan lebih dari 13,000  pelari terbabit manakala 12,500 pelari mengambil bahagian dalam acara ‘Half Marathon’ menjadikan kategori ini semakin popular di Negara.

Pelari dari Kenya Victor Kipchirchir memenangi acara Terbuka Full Marathon Lelaki apabila mencatatkan masa 2:19:41 untuk membawa pulang hadiah wang tunai USD 17,500 manakala Gladys Jepkemoi Chemweno juga dari Kenya memenangi kategori wanita dan juga membawa pulang wang tunai jumlah yang sama.

Pemenang Kategori Terbuka Lelaki

Kiprop Tonul, Tallam James Cherutich kedua-duanya dari Kenya mendapat tempat kedua dan ketiga bagi Full Marathon lelaki terbuka apabila masing-masing mencatatkan masa 2:20:05 dan 2:21:04. Dalam acara wanita pula. Elizabeth Chepkakan Rumokol dan Ngigi Pauline kedua-duanya dari Kenya mendapat tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 2:41:48 dan 2:45:44.

Bagi kategori Lelaki Malaysia pula dimenangi oleh peserta kebangsaan, Muhaizar bin Mohamad dengan catatan masa 2:35:23 mankala tempat kedua dimenangi oleh Nik Fakaruddin dengan masa 2:40:31 manakala tempat ketiga dimenangi Fabian @ Osmond bin Daimon dengan catatan 2:45:06.

Pemenang Kategori Terbuka Malaysia

Bagi acara Full Marathon wanita Malaysia pula dimenangai oleh juara bertahan Loh Chooi Fern yang mencatat masa 3:21:33 manakala Tho Siaw Khim di tempat kedua 3:29:41 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yap Yee Ling dengan catatan 3:30:50.

Pemenang FM Terbuka, Kipchirchir gembira dengan kemenangan beliau di kejohanan kali ini. Menurutnya, ini merupakan penyertaan pertamanya dan kemenangan ini akan memberikan inspirasi untuk bertanding sekali lagi pada tahun hadapan.

Bagi juara kategori Malaysia , Muhaizar pula gembira dengan kejayaan mengekalkan kejuaraan selepas disaing hebat oleh rakan sepelatih, Nik Fakarudin. Kemenangan ini juga akan memberikan suntikan keyakinan untuk bertanding dalam Sukan SEA di Manila pada November ini.

Rainer Biemans, Pengarah Projek KLSCM dan Pengarah Dirigo Events memaklumkan bahawa kejohanan edisi ke 11 ini membuktikan pertandingan yang baik dalam acara terbesar ini. Syed Saddiq melepaskan peserta Half Marathon sebelum bersama-sama bersaing bersama Abrar A. Anwar, Pengarah dan CEO Standard Chartered Bank Malaysia.

Rekod dalam acara ini juga telah menambah dengan terlibatnya ramai peserta dari luar Negara dimana 1,900 pelari dari 49 negara telah hadir untuk menyertainya. Ditambah dengan 10,020 peserta tempatan dari luar Kuala Lumpur menjadikan ianya lokasi yang sibuk pada hari ini dan semalam.

Peserta istimewa, Chris Koch turut mengambil bahagian

KLSCM2019 dimulakan dengan acara Kids Dash dimana 1,000 peserta kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara 1km dan 3 km. Untuk julung kalinya, acara 5 km juga diperkenalkan bagi menambah peserta dan juga untuk pemanas badan bagi peserta Full Marathon.

Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq berjaya menamatkan Half Marathon dengan bergaya

Acara KLSCM ini telah bertambah dimana ramai peserta mengambil bahagian dimana Standard Chartered Bank Malaysia kekal sebagai penaja utama termasuk syarikat korporat lain seperti Seiko, Under Armour, 100 Plus, Jaybird, TudungPeople,BananaBoat dan Pacific Regency. Acara ini di miliki dan dianjurkan oleh Dirigo Events dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Aksi menarik peserta memakai pakaian Storm Troopers

Keputusan Penuh Juara KLSCM 2019

Full Marathon Men’s Open

Position Name Country Time
1st Victor Kipchirchir Kenya 2:19:41
2nd Kiprop Tonui Kenya 2:20:05
3rd Tallam James Cherutich Kenya 2:21:04

Full Marathon Women’s Open

Position Name Country Time
1st Gladys Jepkemoi Chemweno Kenya 2:36:45
2nd Elizabeth Chepkanan Rumokol Kenya 2:41:48
3rd Ngigi Pauline Wangui Kenya 2:46:44

Full Marathon Malaysian Men

Position Name Country Time
1st Muhaizar bin Muhamad Malaysia 2:35:23
2nd Nik Fakaruddin bin Ismail Malaysia 2:40:31
3rd Fabian @ Osmond bin Daimon Malaysia 2:45:06

Full Marathon Malaysian Women 

Position Name Country Time
1st Loh Chooi Fern Malaysia 3:21:33
2nd Tho Siaw Khim Malaysia 3:29:42
3rd Yap Yee Ling Malaysia 3:30:50

Full Marathon Malaysian Veteran Men

Position Name Country Time
1st Muniandy a/l Ramadass Malaysia 2:54:21
2nd Looi Mun Fai Malaysia 2:55:37
3rd Suresh a/l Muniandy Malaysia 3:02:12

Full Marathon Malaysian Veteran Women

Position Name Country Time
1st Wong Boon Jien Malaysia 3:46:08
2nd Neoh Hueih Ching Malaysia 3:46:50
3rd Ewe Bee Hong Malaysia 3:50:05

Half Marathon Men Open

Position Name Country Time
1st Kiplagat Philemon Korir Kenya 1:07:15
2nd Mathew Samperu Kenya 1:07:29
3rd Mburu Francis Karau Kenya 1:09:41

Half Marathon Women Open

Position Name Country Time
1st Edith Chemjor Kenya 1:25:05
2nd Jepkosgei Naum Kenya 1:32:59
3rd Agnieska Najnigier Pierzynowska Poland 1:35:58

Half Marathon Malaysian Men 

Position Name Country Time
1st Vimal a/l Govendarajoo Malaysia 1:15:36
2nd Mohd Nor Afifi bin Haron Malaysia 1:16:07
3rd Sivaneshwaran a/l Gunasegaran Malaysia 1:19:25

Half Marathon Malaysian Women 

Position Name Country Time
1st Sheela a/p Samivellu Malaysia 1:30:08
2nd Chua Kit Yeng Malaysia 1:33:11
3rd Chuah Cheng Ean Malaysia 1:34:21

Half Marathon Men Veteran 

Position Name Country Time
1st Jeffrey Ross Great Britain 1:21:25
2nd Cao Yuming China 1:23:57
3rd Chan Shan Ching Hong Kong 1:25:22

Half Marathon Women Veteran

Position Name Country Time
1st Jasmine Goh Mei Ling Singapore 1:31:25
2nd Susan Khoo Great Britain 1:46:38
3rd Wang Sing Yee Singapore 1:50:24

Half Marathon Malaysian Men Veteran 

Position Name Country Time
1st Brij Ravinder a/l N Kathiravelu Malaysia 1:21:32
2nd Lim Khon Seng Malaysia 1:23:51
3rd Alex Tiong King Hee Malaysia 1:26:29

Half Marathon Malaysian Women Veteran

Position Name Country Time
1st Looi Mei Yan Malaysia 1:44:18
2nd Joanne Poh Leng Grange Malaysia 1:45:20
3rd Seah Bee Lian Malaysia 1:45:46

10km Speed Men Open

Position Name Country Time
1st Soh Wai Ching Malaysia 0:34:02
2nd Azwan bin Bunjing Malaysia 0:36:05
3rd Ku Aliff Aiman bin Ku Zainol Malaysia 0:36:38

10km Speed Women Open

Position Name Country Time
1st Eunice Ong Huey Shen Malaysia 0:43:56
2nd Lim Cai Qin Daphne Singapore 0:44:16
3rd Michele Tan Bee Kiang Malaysia 0:44:41

10km Speed Men Veteran

Position Name Country Time
1st Prabakharan a/l Madhavan Malaysia 0:38:43
2nd Dayalan a/l Suppayah Malaysia 0:40:46
3rd See Hock Leong Malaysia 0:41:33

10km Speed Women Veteran

Position Name Country Time
1st Yong Chiew Ling Malaysia 0:50:06
2nd Jayce Chua Poh Cheng Singapore 0:50:52
3rd Karen Malaysia 0:52:11

Untuk ketereangan lanjut sila rujuk

Facebook       : https://ift.tt/2jtRevx

Twitter            : https://twitter.com/scklmarathon 

Instagram       : https://www.instagram.com/klscmarathon/ 

Website          : www.kl-marathon.com

Please follow and like us:

error0
Previous
Next Post »
loading...