Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar pasti sekali-sekala terdetik di hati kenapa susah sangat anak nak dengar cakap. Adakah kita tahu rutin harian membasuh beras yang dilakukan itu sebenarnya rahsia paling mudah nak jadikan anak-anak lembut hatinya dan menjadi soleh dan solehah.
Tapi sebelum anda sering menyalahkan anak kerana sikapnya sedikit degil atau keras kepala sebagai ibu bapa kena teliti cara anda melayan dan mendidik mereka. Adakah terlampau garang atau terlalu dimanjakan?
Perkongsian dari Facebook Ustaz Abdullah Khairi dia memberi tip paling mudah nak diamalkan hanya dalam beberapa minit saja.
Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam.
Kadangkala kita lupa nak buat. Jadi sangatlah rugi jika tak diamalkan. Ok mulai hari ini apa kata setiap kali nak membasuh beras jadikan doa ini satu amalan kerana banyak sangat manfaatnya.
Bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi boleh juga lembutkan hati pasangan dan diri ibu sendiri pun sentiasa berada dalam keadaan tenang.
Ini juga yang selalu di pesan Rasulullah SAW doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.
ARTIKEL LAIN [Peluk Anak 10 Saat, Cium Dan Ucap Kata-Kata Positif Sangat Berkesan Lembutkan Hati Anak]
Adab basuh beras
- Genggam beras.
- Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.
- Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa ini dan tiuplah pada beras tersebut.
“Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagaimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi”.
4. Cuci dan gaulkan beras arah lawan jam
5. Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan itu pada anak-anak dan pasangan.
** Tambahan
Sambil membasuh beras boleh juga berselawat kerana ia turut menjadi pelindung yang baik untuk seluruh ahli keluarga.
Sumber: Ustaz Abdullah Khairi Page Original