loading...

Syukurlah Anak Menangis. Sekurangnya Ada Perasaan Dia Nak Sampaikan Pada Mak Ayah

Menangis ialah cara anak berkomunikasi. Bayi menangis sebab lapar, tak selesa, mahukan belaian, mahu didukung atau sakit.

Semakin umur anak membesar, motif menangis juga boleh jadi bertambah banyak. Mahukan perhatian, merajuk, mahukan sesuatu yang telah dilarang, kemahuan tak menepati jangkaan dan sebagainya.

Bagi anak yang boleh bercakap, dia akan cakap apa yang dia mahu atau apa yang dia marah.

Yang tak boleh cakap, dia akan buat perangai, jerit dan ada yang menangis.

Maka apabila anak menangis, ibu bapa biasanya cuba meneka, apa punca anak menangis dan segera turuti kemahuan anak itu supaya dia cepat berhenti menangis.

Memahami punca tangisan sangat penting utk kita tentukan apa tindakan selanjutnya.

A) Adakah kita perlu ikut kemahuan dia?

B) Adakah kita perlu pujuk, duduk di samping dia?

C) Adakah kita perlu abaikan dia dan elak eye contact dgn dia?

D) Adakah kita perlu alih tumpuan dia kepada perkara lain?

Anak yang langsung tidak menangis pun ada. Orang selalu kata, mudah diurus. Senang dijaga.

ARTIKEL BERKAITAN [Anak Menangis Tak Henti-Henti Alih Perhatian Bayi Dengan Pasang ‘White Noise’, Berkesan!]

Tapi yang tak menangis ni lagilah kita risau sebenarnya. Dia tak minum susu dah separuh hari, dia tak nangis pun. Lampin dah bocor pun tak nangis. Dia diam saja.

Seolah-olah dia rasa tak perlu pun menangis. Tak ada usaha pun untuk teran suara kuat-kuat supaya mak dia segera datang kat dia.

Maka bersyukurlah apabila anak menangis. Kerana sesungguhnya memang ada anak yang langsung tak menangis.

Bila kita lihat anak menangis, kita bersyukur bahawa anak itu ada juga keinginan untuk protes, menyampaikan sesuatu kepada kita.

Ada orang tua-tua, tak suka dengar budak menangis. Jadi ibu-ibu berasa serba-salah dan cepat-cepat mahu anak itu diam.

Hakikatnya, anak berada dalam proses belajar. Dari tangisan, dia dapat tau bagaimana respon mak ayah dia.

Oo…..kalau dia nangis lama-lama, tak ada siapa layan, buat letih saja.

Oo….kalau dia nangis sambil tunjuk tempat yang dia nak, nanti mak dia bagi benda tu.

Oo…kalau nangis kat ayah, nanti ayah bagi main hp. Tapi kalau nangis kat mak, tak dapat pun.

Kita belajar dari tingkahlaku anak. Anak pula belajar dari respon kita terhadap tingkahlaku dia.

Sumber: Ruby Atika (Patologis Pertuturan Bahasa)

Previous
Next Post »
loading...