loading...

Pintu Tiba-Tiba Terbuka, Kanak-Kanak 4 Tahun Jatuh Menaiki Ferris Wheel Di Fun Fair 

Sebut fun fair kebanyakan kanak-kanak akan teruja. Bukan apa mereka membayangkan pelbagai permainan ada di situ dan semestinya dapat bermain dengan seronok. Namun malang tidak berbau bagi seorang kanak-kanak berusia 4 tahun apabila terjatuh dari ferris wheel yang sedang dinaikinya.

Menerusi World of Buzz (WOB), keseronokan seorang kanak-kanak perempuan ini menjadi mimpi ngeri buatnya dan ahli keluarga apabila ferris wheel yang dinaikinya seorang diri tiba-tiba terbuka pintunya hingga dia terjatuh ke bawah.

Naik ferris wheel seorang diri

Menurut WOB seperti dipetik dari portal Sin Chew Daily, kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah fun fair di Hutan Melintang, Perak beberapa hari lalu.

Katanya, kejadian berlaku apabila budak perempuan berusia 4 tahun itu dikatakan menaiki ferris wheel tersebut secara berseorangan tanpa ditemani penjaga. Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak malang itu telah terjatuh dari ketinggian bangunan dua tingkat. Ngerinya!

Pintu ferris wheel tak ditutup dengan betul

Budak perempuan yang dikenali sebagai Zou Leying itu dipercayai masuk ke dalam ferris wheel itu dalam keadaan pintu yang tidak ditutup dengan betul. Malang buatnya apabila permainan itu didakwa gagal dihentikan oleh pekerja yang bertugas dan tetap bergerak ke atas.

Namun ketika compartment yang dinaiki Zou sampai ke puncak, pintu tersebut tiba-tiba terbuka lalu menyebabkan dia terjatuh.

Pengunjung gagal ‘tangkap’ Zou

Menurut salah seorang ahli keluarga Zou, beberapa pengunjung yang melihat kejadian itu cuba menangkap anak buahnya dari bawah namun gagal.

Akibatnya, Zou mengalami kecederaan patah kaki selain luka di bahagian muka dan tangan.

Alat kawalan dah lama

Sementara itu, pengurus fun fair ini berkata pekerjanya yang sedang mengendalikan permainan tersebut pada waktu itu telah cuba untuk menghentikannya apabila mendapati kanak-kanak itu menaikinya secara berseorangan. Namun, ia gagal dilakukan kerana alat kawalan ferris wheel itu sudah lama dan juga berkarat.

Susulan daripada kejadian, ibu kepada kanak-kanak itu dikatakan sudah membuat laporan kepada pihak polis kerana kegagalan pihak pengurusan menjaga kualiti permainan mereka serta keselamatan pengunjung.

Sumber: Oh Bulan via World of Buzz, Sin Chew Daily

Previous
Next Post »
loading...