Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak-anak. Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan, “Jangan”, “Tak Boleh”, atau “No”. Sebagai ibu atau ayah, kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin. Apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan supaya anak-anak lebih mendengar kata. Kita sebagai ibu bapa pun tidak sakit hati.
Terlalu banyak mengatakan Tidak! kepada anak-anak akan membuatkan mereka memberontak. Apa kata anda cuba sepuluh ayat ringkas tetapi tepat untuk menggantikan perkataan Tidak!:-
1. Anak dan makanan manis tidak dapat dielakkan. Marah-marah pun tak guna, kerana anak tetap mahu juga.
“Mama tahu awak suka aiskrim (sebagai contoh), tapi kalau makan banyak sangat pun tak elok tahu?”.
Sambil itu, terangkan mengapa ia tidak baik untuk mereka.
Artikel Menarik: [Buat Anak Mahir Matematik, Suruh Dia Kira Telur Dalam Mangkuk. Mudah & Berkesan!]
2. Biasalah kalau anak bermain dengan makanan. Sama ada dia sedang belajar tentang makanan itu atau ia sebenarnya tidak balas normal kerana mereka pernah ‘terkena’ dengan makanan yang kurang merka suka.
“Makanan tu rezeki. Untuk dimakan, bukan untuk dibuat main Sayang.”
Kemudian anda boleh ceritakan keburukan membazir atau tunjukkan foto kanak-kanak yang kebuluran kepada mereka.
3. Anak gemar hancurkan permainan yang telah disusun cantik. Sebelum marah, lebih baik anda gunakan pendekatan yang lebih lembut.
“Janganlah jatuhkan lego yang Mama dah susun ni. Jom, Mama ajar macam mana nak main benda ni.”
Luangkan masa untuk susun permainan ini bersama-sama. Anak anda akan menghargai momen ini dan ia dapat merangsang kreativiti mereka.
Artikel Menarik: [Bercakap Biar Beralas, Jangan Sembarangan. Anak Dengar, Dia Ikut Padahal Tak Tahu Makna]
4. Jika anak anda dilihat sedang menarik ekor haiwan atau memetik daun atau bunga dengan kasar, terangkan kepada mereka akibatnya.
“Semua benda hidup nak membesar. Tak bolehlah kita kasar-kasar dengannya.”
5. Biasalah anak-anak bergaduh sesama sendiri. Ii pendekatan paling sesuai.
“Kita guna mulut, cakap elok-elok. Bukannya guna tangan.”
Bila anda berselisih faham, mereka cenderung untuk memukul antara satu sama lain. Jangan anda tambah pula, eloklah terangkan kepada mereka mengapa lebih elok bercakap dengan baik daripada berkasar.
6. Bila mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mengamuk perkara biasa. Jangan anda menjerit sekali.
“Papa tak faham kalau awak menjerit macam tu. Cuba cakap macam biasa.”
Sebagai ibu bapa, kita harus bersabar dan kekalkan intonasi tenang ketika memujuk anak-anak.
7. Dari marah dan menengking, baik anda gunakan kata-kata humor untuk ‘marahkan’ anak anda.
“Jagalah dia. Mama datang ni nak tangkap dia!”.
Walaupun nampak seperti anda berlawak, terangkan kepada mereka. Jika sudah keluar ayat begitu, bermakna anda sedang marah walaupun ia diucapkan sambil anda ketawa. Biar mereka tahu, itu adalah ayat penegasan.
8. Perkara biasa anak minta untuk bermain telefon bimbit. Bila dah diberi, tak tahu nak pulang.
“Boleh tak kalau Papa nak handphone Papa semula? Adik main toy ni ya?”.
Anda boleh terangkan kepada mereka keburukan melihat telefon bimbit terlalu lama.
Artikel Menarik: [Nak Suruh Anak Belajar, Mak Ayah Kenalah Teman. Tak Peduli Buat Mereka Tak Ada Mood]
9. Anak-anak suka tanggalkan kasut bila di luar rumah. Itu normal.
“Eh, pakailah kasut. Di rumah boleh buka. Dekat luar kena pakai kasut sebab takut nanti cacing masuk dalam kaki Abang.”
Jangan terus dimarahi, terangkan kepada anak-anak mengapa penting untuk mengenakan kasut ketika di luar rumah.
10. Anak-anak sukakan perkara baharu. Habis semua benda mereka nak buat main walaupun ia berbahaya.
“Berhenti.” “Bahaya.” atau “Panas.”
Anda boleh gunakan penegasan begini jika mereka dilihat bermain sesuatu yang berbahaya atau tidak patut diusik.
Semoga tip kali ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!