loading...

Aktif Seperti Kanak-Kanak Lain, Bezanya Hidup Bergantung Mesin Pernafasan. Kuatnya Semangat Harris!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sayu hati seorang ibu apabila anak yang dikandung lahir pramatang ketika usia kandungan berusia 29 minggu, namun masih mampu bertahan sehingga hari ini.

Menurut Farah Said, anak bongsunya dari tiga beradik, Muhammad Harris Afif Syed Norhashimi berusia 18 bulan dikesan menghidap masalah paru-paru dan saluran pernafasan sempit sejak berusia empat bulan.

“ANAK saya semakin aktif sejak dia pandai berjalan dan berlari tetapi masih perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan (C Pep) setiap hari untuk menyokong pernafasannya,” katanya.

Ketika dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAS) Sungai Petani, saiz Harris agak kecil dan dimasukkan ke wad beberapa bulan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, tahun lalu.

Doktor juga memaklumkan kes anaknya perlu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan terpaksa berulang alik dari rumahnya sehingga hari ini. Malah, disebabkan pernafasannya yang mempunyai masalah, dia menggunakan mesin bantuan pernafasan pemberian dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) cawangan Langkawi yang digunakan sejak Harris empat bulan.

Farah yang juga mempunyai masalah kesihatan, menghidap anemia dan kulit sensitif tidak dapat bekerja selain perlu menjaga Muhammad Harris sepenuh masa untuk memantau pergerakannya kerana bimbang tiub saluran pernafasan terbuka atau dibuka sendiri oleh Harris. Malah, anaknya juga mudah dijangkiti demam dan disebabkan itu, dia perlu sentiasa mengawasi anaknya.

“Mesin bantuan pernafasan perlu sentiasa dipasang bagi menyalurkan oksigen kepadanya dan hanya berehat tiga jam sehari iaitu sebelah siang dan malam terutama ketika tidur,” katanya. Setakat ini dia menerima bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mencukupi memandangkan perlu membawa Muhammad Harris ke HPP dua kali sebulan.

Mesin pernafasan yang digunakan bergantung hidup dengan elektrik sepanjang masa untuk dicas, malah jika belakan elektrik terputus, Farah akan menggunakan anisiatif lain iaitu menggunakan bateri untuk menghidupkan mesin berkenaan.

“Pendapatan suami, Syed Norhashimi Syed Mohamad, 28, sebagai tukang paip pula tidak menentu. Kalau ada kerja, ada la duit..itupun dapat upah RM50 sehari.

“Dua lagi anak, Norsaidatul Nafisa berusia tujuh tahun dan Harraz Darwish berusia lima tahun yang bersekolah menyebabkan perbelanjaan kami sekeluarga sememangnya tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di nombor akaun Maybank 152077540358 milik Farah.

SUMBER: Harian Metro

Previous
Next Post »
loading...