loading...

Keracunan Walaupun Hanya Minum Susu Ibu. Bila Periksa, Rupanya Botol Bercalar

Bukan sahaja botol susu anak perlu kerap ditukar bagi menjaga kualitinya, botol penyimpan susu ibu juga perlu diganti secara kerap. Sebarang calar pada botol boleh menyebabkan kuman melekat padanya. Ia akan merosakkan susu yang disimpan di dalamnya.

Artikel Menarik: [Anak Sulung Perempuan, Penyeri Keluarga. Boleh Diharap Dan Dahulukan Adik-Adik]

Sebenarnya, susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di dalam botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA. Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.

Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA. BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.

Artikel Menarik: [Anak Meragam Selepas 9 Malam Bukan Bermasalah. Ibu Bapa Sepatutnya Dipersalahkan]

Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh melarut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.

Di pasaran, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera.

Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?

  1. Kesan calar

Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.

  1. Warna botol

Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang terlampau untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.

Artikel Menarik: [Bancuh Je Dengan Air Terus Jadi Bubur, Biskut Beras Bayi Perisa Mangga Homemade Jimatkan Masa Mama!]

  1. Bau botol

Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.

Botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.

Previous
Next Post »
loading...