loading...

Sayur Berangin Dan Buah Berasid Buat Anak Kembung Perut? Mama Hati-Hati!

Bila menyusukan anak, ibu seakan punya satu kebimbangan untuk mengambil makanan-makanan tertentu. Bimbang anak akan turut terkesan dengan pemakanan yang diambil ibu. Benar namun tidak kesemuanya anak akan perolehi daripada jumlah pemakanan yang diambil oleh ibu.

Dietition Fizah Sobri berkongsi kekeliruan ini kepada ibu-ibu menyusu. Terdapat tiga makanan yang boleh memberi kesan kepada bayi menyusu.

Adakah apa yang ibu makan menyebabkan baby kembung perut?

Pertama kita lihat apakah Colic dan apa yang boleh menyebabkan ia terjadi. Kembung perut atau istilah lain Colic kerap terjadi dalam baby bawah 6 bulan sebab usus mereka masih dalam proses matang. Tapi baby yang kerap mengalami Colic bukan sahaja memberi kesan kepada pertumbuhan mereka tapi juga kepada keadaan emosi penjaga (terutama maknya, sebab stress baby selalu menangis).

Antara penyebabnya adalah
1. Cara latching / pelekapan / minum botol yang tidak betul
Tak kisah sama ada ini anak pertama atau tidak, mommies boleh dapat masalah anak melekap dengan betul waktu menyusu. Jika teknik tak betul, ia akan menyebabkan anak telan banyak udara dan kembung perut boleh terjadi. Ibu akan kerap sakit sewaktu dan semasa sesi menyusukan baby.

Jika penggunaan botol susu yang tidak sesuai (contoh besar sangat, putih panjang sangat) pun akan menyebabkan anak banyak menelan udara banding sengan susu. Boleh nampak anak waktu menyusu, banyak susu yang meleleh dekat tepi.

2. Penyusuan yang terlalu cepat.
Ini selalu terjadi dalam penyusuan dengan menggunakan botol susu akibat aliran susu yang cepat. Untuk baby yang breastfeed, aliran susu amat berbeza berbanding dengan susu botol di mana anak perlu suck (hisap) dengan lebih kuat dan sabar sebab susu hanya mengalir bila sucking berlaku.

Tapi bagi botol fed, tidak perlu bekerja hisap kuat sangat dan susu sentiasa mengalir walaupun tidak menghisap puting botol. Maka baby perlu minum and telan cepat cepat kalau tak tercekik nanti. Tambah lagi jika guna puting di mana lubang besar/ tidak mengikut usia.

3. Usus baby masih dalam proses matang dan sembelit.
Disebabkan ini baby akan mengambil masa untuk mencernakan susu. Jika sembelit, najis besar tidak lalu juga boleh menyebabkan Colic.
Mak ayah boleh buat urutan dan pergerakan kaki kepada baby (seperti berbasikal masa baring) untuk bantu lancarkan pergerakan najis.

Makanan Beri Kesan Pada Bayi?
Makanan bukan punca utama Colic /Kembung perut. Ramai akan elak 3 makanan ini untuk turunkan kembung perut baby.

1. Caffeine
Kajian menunjukkan caffeine (dari minuman coffee, tea, air bergas, coklat) akan masuk dalam breastmilk tapi hanya kurang dari 1% sahaja dari apa yang mommies minum dan makan. Kuantiti sebanyak 3 cawan sehari masih boleh diambil dan selamat.

2. Susu dan bahan tenusu
Bahan yang dirisaukan boleh menyebabkan Colic/kembung perut adalah protein dari susu lembu yang diguna dalam produk susu dan bahan tenusu.

Bukan sahaja ada perut kembung, tapi sentiasa cirit birit, sakit mungkin adalah Cows Milk protein Allergy. Jika anak anda disyaki mengalami Cows Milk Protein allergy, di bawah pengawasan doktor/dietitian baru akan berhenti seketika untuk mengenalpasti samada baby ada ke penyakit ini. Jika tiada, tidak perlu dielakkan.

3. Sayur ‘berangin’ dan buah berasid
Sayur cruciferous dan berubi seperti brokoli, kobis bunga, ubi kentang, labu antara yang dipercayai menyebabkan baby banyak angin sebab apabila mommies makan, akan rasa ‘keluarkan angin’ yang banyak atau kentut atau flatulence. Tetapi apa effect kepada mommies tidak boleh disalurkan kepada babies.

Fiber dan angin tidak boleh masuk dekat breastmilk dan diberi kepada anak anak ye. Itu adalah reaction badan anda kepada makanan tersebut sebab keadaan usus anda.

Sama juga dengan buah berasid (buah oren, mangga, limau dan lain). Makan banyak mana, badan ada mekanisme untuk sentiasa balance pH dan ia tidak akan menukar pH susu badan.

4. Makanan pedas atau rasa kuat
Penggunaan cili, bawang putih, bawang merah, spices (kayu manis,jintan, pepper dan lain lain) sangat sinonim dengan masakan di Malaysia. Walaupun ada kajian yang menunjukkan jika pengambilan makanan yang kuat flavour boleh menukar komposisi/rasa susu ibu, tetapi ia tidak menyebabkan perut kembung.

Dan ada kajian juga menyatakan baby suka pada perubahan rasa tersebut dan menjadikan baby lebih terbuka untuk menerima makanan baru waktu mula proses makanan pelengkap.

Sepanjang saya breastfeed Ammar selama hampir 2 tahun saya tidak elak apa apa makanan dan alhamdulillah sekarang pada usia 2 tahun lebih pada 14kg (patah tangan maknya nak angkut) Ammar sihat, aktif dan sangat cheeky.

Mommies makan sihat dan seimbang ye.

Previous
Next Post »
loading...