Seorang lelaki yang lucu didapati apabila bersama keluarganya, dia lebih tegas. Tidaklah garang dan asyik marah-marah sahaja, tetapi tidak juga asyik bergurau tentang semua hal. Ayah yang mempunyai sense of humour ni biasanya mudah didekati dan anak-anak tidak takut berkongsi sebarang cerita dengan mereka. Tetapi, itu tidak bermakna anak-anak akan terlepas dari dimarahi jika buat salah.
Ketika menjalakan sesi fotografi bersama keluarga bahagia ini, Pa&Ma sempat bertanyakan tentang sikap Nabil sebagai seorang ayah kepada isteriya, Zira. Bercerita soal perwatakan Nabil di rumah, Zira memberitahu dia seorang suami dan ayah yang tegas. Dia akan memberitahu apa yang boleh dan tidak kepada anak-anak.
Dalam ketegasannya itu, dia sangat memanjakan kesemua anak mereka. “Dia tegas, tetapi manja sangat dengan anak-anak. Budak berdua ni pun (merujuk kepada Mikayla dan Medyna), kalau ada ayahnya bukan main behave,” terang Zira.
Artikel Menarik: [Alternatif Hilangkan Tompok Putih Gigi Anak, Gosokkan Kayu Sugi Direndam Air Suam]
Tambah Zira, Mika dan Babyna sangat rapat dengan ayah mereka. “Macam yang kita tahu, anak perempuan rapat dengan ayah. Mereka pun macam tu, rapat dengan Nabil,” tambah Zira. Nabil pula memberitahu, anak-anak mungkin rapat dengannya kerana jarang dapat berjumpa. “Mereka selalu dengan Zira, sebab tu bila saya ada mereka jadi rapat dengan saya. Saya rasa, masih ada perangai-perangai mereka yang saya tak tahu,” beritahu selebriti pelawak terkenal ini lagi.
Soal menguruskan anak-anak pula, Nabil serahkan kepada Zira. “Saya percayakan dia untuk menguruskan anak-anak. Memang dia yang selalu dengan mereka. Tapi saya akan beritahu cara bagaimana yang saya mahukan. Dia akan gabungkan kedua-dua cara kami, mengikut kesesuaian ketika dia uruskan tiga orang anak kami ni,” kata Nabil.
Mengapa anak perempuan yang rapat dengan ayahnya akan membesar menjadi orang yang berjaya?
#1: TEMPAT BERPAUT
Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
#2: HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI
Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
#3: BERI PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN
Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
#4: ELAK MASALAH FATHER-HUNGER
Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Artikel Menarik: [Anak Tak Selesa, Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan. Angin Pasang Boleh Undang Bahaya]
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.
#5: MENJADI KAYU UKUR
Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Sumber: Nabil Zira