loading...

Tak Nak Anak Cacat, Jangan Skip Makan Asid Folik Semasa 3 Bulan Pertama Kandungan

Asid folik telah diketahui ramai berupaya membantu mengurangkan sehingga 70% masalah neural tube defect (NTD) di kalangan bayi baru lahir. Dos sebetulnya yang patut diambil setiap hari ialah 400mcg. Di pasaran, pil asid folik yang bersaiz 400mcg dan 5mg adalah sama besar. Walau bagaimanapun, ibu hamil sepatutnya mengambil pil asid folik 400mcg bagi memenuhi keperluan seharian.

Artikel Menarik: [Jangan Rushing Nak Hamil Selepas Gugur. Rehatkan Rahim Sepenuhnya Sebelum ‘Bawa’ Bayi Semula]

Keperluan mengambil pil asid folik bersaiz 400mcg adalah penting kerana ia tidak boleh disimpan di dalam tubuh. Ia akan keluar melalui air kencing. Bagi ibu hamil, ia sangat diperlukan kerana dapat membantu dalam proses tumbesaran sel dan perkembangan bayi. Disebabkan itulah penekanan pengambilan asid folik dilakukan demi mengurangkan risiko NTD pada bayi dalam kandungan.

Untuk pengetahuan tambahan, semasa di awal kehamilan, terdapat struktur kecil yang leper seperti reben. Selepas 28 hari atau satu bulan, struktur ini akan berubah menjadi tiub yang dipanggil neural tube. Ia akhirnya akan menjadi otak dan saraf tunjang. Jika pembentukannya terganggu, ia akan menyebabkan NTD pada bayi.

Artikel Menarik: [Suami Kata Isteri Complicated Waktu ‘Period’, Senanglah Cakap Sebab Tak Rasa Sakit Sengggugut]

Suatu ketika dahulu, semasa tiada kewujudan asid folik, masalah NTD adalah biasa. Namun, ia berkurangan apabila wujudnya kesedaran untuk mengambilnya. Umumnya, risiko berlaku NTD ialah satu dalam 1000 kehamilan. Bila asid folik diambil, ia dapat kurangkan risiko sehingga 70%.

Oleh sebab itulah, sangat penting untuk anda tahu bila sepatutnya asid folik mula dimakan kerana lazimnya, semasa datang ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan, anda sudah disahkan hamil.  Jadi sudah terlewat jika pada waktu itu anda belum mengambil asid folik.

Idealnya satu bulan sebelum merancang hamil atau sebaik-baiknya tiga bulan sebelum itu anda sudahpun mengambil asid folik. Hal ini penting kerana anda tidak tahu bila akan mengandung bukan? Amalan mengambilnya setiap masa sangat bagus. Dalam pada itu, anda perlu meneruskan pengambilan asid folik sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Artikel Menarik: [Nak Mengandung Anak Pertama Mudah, Tapi Anak Kedua Bertahun Cuba Susah Pula Nak ‘Lekat’]

Lebih daripada itu, semua sel dalam tubuh badan memerlukan asid folik. Pengambilan yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan baik kerana ia digunakan untuk pembentukan sel darah, mengelakkan kelahiran pramatang, keguguran, praeklampsia, bibir dan lelangit sumbing.

Jika kurang mengambil asid folik, anda sendiri pun boleh mengalami anemia. Oleh itu, anda disarankan untuk terus ambik asid folik selepas kehamilan berusia 12 minggu sehingga bersalin disebabkan manfaat lain yang ada pada asid folik.

Beza folat dan asid folik

Folat boleh diperoleh daripada sumber semula jadi seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Antaranya bayam, brokoli dan kale. Buah-buahan yang ada folat pula adalah seperti seperti buah sitrus iaitu oren dan lemon, pisang dan avokado. Asid folik pula adalah buatan manusia. Ini termasuklah pil asid folik. Malah makanan yang diperkaya dengan asid folik termasuk dalam kategori yang sama.

Keberkesanan pil asid folik ialah 80% hingga 100% manakala folat cuma 50%.

Hal ini kerana sayur yang dimasak belum tentu memberikan khasiat sepenuhnya kepada anda. Lagipun ia mudah diserap air. Apabila dicuci dan dimasak lama, ia boleh menghilangkan kebaikan khasiatnya. Oleh sebab itulah, anda digalakkan untuk makan sayur yang menggunakan kaedah memasak secara kukus atau dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk tempoh yang sekejap. Dibimbangi khasiat folat hilang bila dimasak dengan kaedah lain atau terlalu lama.

Had pengambilan asid folik

Isu ini menimbulkan kontroversi. Kajian mengatakan 1000mcg asid folik asid diperlukan dalam sehari. Kalau lebih akan memudaratkan. Ada kajian menunjukkan terlalu lebih asid folik boleh menyebabkan ia selindung penyakit kekurangan vitamin B12. Mana-mana bayi yang ada masalah kekurangan B12 boleh mengalami masalah neurologikal, saraf dan lumpuh.

Sementara itu, ada juga individu hamil yang perlu ambil lebih daripada 5mg. Ia melibatkan orang yang mana ibu atau ayah ada NTD; ibu atau ayah ada genetik NTD; ibu pernah melahirkan bayi NTD dan ibu mengalami masalah obesiti, diabetes sebelum atau semasamengandung. Jika ibu mengalami epilepsi dan masih dalam rawatan terutamanya ubat sodium valproate, maka perlu ambil lebih asid folik kerana ubat ini mengurangkan folat.

Previous
Next Post »
loading...