Bila sudah lama mendirikan rumah tangga, sudah ada anak-anak mungkin kadang kala kita terabaikan perasaan pasangan. Hubungan mulai renggang, tiada lagi kemesraan. Bukanlah tidak sayang lagi, cuma dek kerana kesibukan masing-masing membuatkan kita terlupa untuk memanjakan antara satu sama lain. Mungkin pernah terdetik di hati, anda terasa seperti pasangan kurang memberi perhatian kepada anda.
Artikel Menarik: [Sebahagian Stress Ibu-Ibu Sebenarnya Sebab Banyak Barang Dalam Rumah. Waktu Mengemas Pun Bertambah]
Itu bukanlah perasaan yang janggal, kerana kebanyakan kita pernah merasainya. Dengan itu, kembalikan semula rasa rindu dan kasih terhadap pasangan dengan mengamalkan doa. Ya, kuasa doa mampu membuatkan kita saling mengingati meskipun berada jauh antara satu sama lain. Kalau tidak percaya, anda boleh amalkan doa udah ini. Ia boleh diamalkan setiap hari dan dengan izin Allah SWT, si dia pasti akan sentiasa merindui kita.
Lafaz Doa Agar Si Dia Rindu Selalu
(WALQOYTU ALAYKA MAHABBATAM MANNA WALITUSNA A’ALAAIN)
Maksudnya: “Aku limpahkan kepadamu kasih sayang yang berasal dariNya, agar engkau diasuh di bawah pengawasanNya.”
Cara Amalkan Doa Ini:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktu.
2. Usai solat, bacalah doa ini sebanyak 33 kali sebagai wirid doa supaya dia selalu teringatkan kita.
Artikel Menarik: [Kita Tak Sempurna, Tapi Didiklah Anak Ikut Cara Islam. Sejuk Perut Ibu Mengandung!]
3. Niatkan dalam hati agar pasangan selalu setia, selalu rindu dan tidak pernah melupakan kita walau di mana dia berada.
4. Mintalah pada Allah SWT supaya melindungi hubungan kita serta mohonlah agar dia menjadi jodoh yang terbaik untuk kita.
Jadikan doa ini sebagai amalan konsisten setiap hari, niatkan dengan ikhlas serta istiqamah, Insya Allah anda akan merasai hikmah doa ini yang sangat besar. Umpama pengantin baru, si dia akan selalu teringat dan merindukan anda selalu.