loading...

Ibu Jangan Dengki Kalau Anak Minta Ayahnya Suap. Itu Bonding Terbaik Mereka!

Ayah adalah orang yang paling sibuk dalam keluarga. Dia akan keluar awal pagi dan pulang lewat. Semuanya demi keluarga. Jika ada satu masa jika anda mahu rapatkan ukhwah dengan ayah adalah ketika waktu makan.

Dengan menyuap makan kepada anak, mereka akan rasa lebih disayangi. Jika ayah yang menyuap dengan tangan sendiri ke mulut anak-anak, percayalah akan datang rasa hormat dan kasih kepada si ayah.

Artikel Menarik: [Sebelum Anak 2 Tahun, Jangan Letak Garam Dalam Makanannya. Cepat Rosak Buah Pinggang]

Ingat Selalu

Jika makan sekeluarga, anak-anak akan lebih menghargai dan mengingati antara satu sama lain. Ke mana pun mereka pergi, pasti tidak akan terlupa kepada yang lain. Juga dengan suapan ayah itulah yang membuatkan mereka sentiasa terasa memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan mereka. Ayah yang menyuap pula akan sentiasa disebut-sebut dan dirindui. Percayalah.

Kasih Sayang Utuh Antara Beradik

Tahukah anda, dengan mengamalkan konsep makan bersuap oleh ayah akan membuatkan kasih sayang antara beradik menjadi utuh? Ketika suap makan, peranan ayah bukan sekadar sebagai tukang suap. Titipkan pesanan perlahan-lahan secara konsisten dan mereka akan ingat akan pesanan itu sehingga bila-bila. Jika makan disuap oleh si ayah, yang tua akan melindungi adik-adik. Yang kecil pula akan menghormati yang abang atau kakak di atasnya.

Artikel Menarik: [Kalau Anak Rajin Explore Macam-Macam, Biarkan. Dia Tengah Belajar Nak Jadi Pandai]

Merapatkan Hubungan Ayah & Anak

Biarpun sibuk bekerja, tunjukkan kepada anak-anak yang anda peka dengan setiap perkembangan mereka. Kongsikan cerita anda ketika di pejabat atau bersembanglah dengan mereka tentang apa saja topik. Bukan sahaja dapat memberi mereka pendedahan kepada perkara baharu tetapi membuka peluang kepada anak-anak untuk lebih mempercayai si ayah.

Tolong Ibu, Apa Salahnya?

Ini paling win! Sebenarnya, mengambil alih tugas menyuap anak-anak dapat memberi sedikit masa kepada ibu untuk berehat. Lebih bahagia, jika ketika itu ayah juga suapkan ibu. Bukan sahaja kasih sayang antara ayah dan anak-anak semakin kuat, bahkan hubungan suami isteri juga lebih bahagia dan memberi impak positif kepada tumbesaran anak.

Artikel Menarik: [Asyik Minta Susu, Waktu Makan ‘Ngelat’. Perlu Bijak Rancang Menu, Ikut Favourite Anak]

Sesekali cubalah makan bersuap satu keluarga. Anda akan nampak sendiri perubahannya pada diri sendiri, pasangan serta anak. Selamat makan bersuap!

Previous
Next Post »
loading...