Runtun hati seorang ibu apabila anak bongsu yang ditunggu selama 6 tahun, pergi meninggalkannya dalam sekelip mata pergi buat selamanya.
Siapa sangka pada awalnya suasana seronok mandi-manda bersama keluarga berakhir dengan tragedi sedih. Muhammad Aqil hamidi yang lagi lebih kurang dua minggu lagi genap 5 tahun meninggal dunia akibat lemas dalam kolam di sebuah hotel.
Ikuti perkongsian oleh ibu saudara Aqil di laman Facebook miliknya, Siti Azlina Lynn tentang perjalanan detik-detik akhir Aqil menemui ajalnya.
PERGINYA TAK KAN KEMBALI, PERJALAN AQIL ANAK SYURGA. RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG.
Acik rindu aqil, Aqil tinggalkan kami sekelip mata je. Dalam gembira Allah hantar dugaan hebat untuk kami semua semalam. Tak sangka semalam hari terakhir aqil sayang. Ceritanya begini. Kami bukan pergi holiday atau suka suka sebenarnya.
Tinggal Di Hotel Berhampiran Hospital
Abah masuk wad, jadinya aku ambil keputusan untuk stay hotel dekat dengan hospital abah. Mula mula aku cuma nak ambil 1 bilik sahaja. Disebabkan aku nak mudahkan urusan mak, adik, kakak nak tengok abah kat hospital tanpa ulang alik ke rumah aku ambil 2 bilik untuk kami stay di the shore melaka. Malam tu sebelum check in hotel, Kami semua tengok abah. Aqil pun ada tu, aqil jumpa atok malam tu. Salam atok, ada sedikit perbualan aqil dengan atok malam last jumpa atok. 😥
Aqil, mama, papa, aleesya, cu dengan abang qimie datang hotel yang aku check in. Mama dia bagitahu dia paling suka sangat nak ke hotel, mama dah janji nanti boleh mandi kolam renang pagi esok. Aqil suka bila semua saudara sebaya dengan dia ada sekali. Malam tu aqil tido dengan family aqil, sebelum ni memang jarang nak tengok semua family aqil kumpul semua. Abang selalu takda. Malam tu, semua sibuk nak tido hotel. Tido ramai ramai.
Bila sampai je bilik, pertama sekali dah excited tunjuk kolam renang yang permandangannya dari bilik hotel. Dalam hati aku, esok mesti dorang semua suka nak mandi kolam renang sebelum tengok atok. Aqil dalam bilik hotel dengan keadaan sangat suka bila dapat berkumpul ramai ramai.
Aqil Tak Lalu Makan Beberapa Hari Sebelum Kejadian
Pagi sebelum turun ke kolam renang, aqil tengok atok kat hospital jalan Kaki dengan mama. Nak ambil opah sarapan, sebab opah tak tido hotel. Jaga atok malam tu. Sebelum ni pun mama aqil selalu cakap, aqil tak makan dah banyak hari. Selalu aqil paling suka makan. Kalau tengok aqil makan, selera bukan main lagi. Pagi tu nak sarapan aqil jumpa atok. Atok cakap dengan aqil
“Aqil duduk sini dengan atok eh”. Aqil bawak opah sarapan. Pagi Tu aqil makan roti canai suku je. Mama tanya
“aqil nak makan tak?”
“Taknak mama”
“Aqil nak minum ais kosong je”
Selalu aqil minum Milo ais, pagi tu Minta ais kosong je.
Mandi Bersama-sama Seperti Tiada Apa Yang Berlaku
Semua dah excited tunggu Aqil balik hotel balik lepas sarapan. Sebab nak mandi kolam renang sama sama. Aqil balik hotel, rizqi, rifai, rafanda aleesya semua dah turun bawah dulu. Cuma aqil dengan papa je lambat. Aqil cakap dengan papa nak buang air besar dulu, baru turun mandi. Lepastu aqil turun bawah dalam keadaan sangat gembira tak sabar nak mandi dan bermain. Aku pun join sama mandi. Aqil memang sentiasa di jaga oleh papa aqil. Mana saja aqil pergi papa dia akan ikut.
Lepas je kami semua main di kolam kanak kanak yang ada playground. Kami dah tak nampak aqil dengan papa aqil. Aqil pergi bermain jauh sikit dari kami. Masatu papa aqil masih lagi ikut aqil. Lebih kurang sejam kami mandi. Dan masatu tiba tiba pulak kami semua pergi ke kolam sebelah. Yang takda cuma aqil dengan papa aqil je. Aqil masih bermain dengan papa aqil.
Dijumpai Terapung, bantuan CPR Oleh 2 Orang Doktor
Lebih kurang 20minit tu, bibik aku datang dan terus bagitahu.
“puan aqil lemas, ada disana”
Aku dalam keadaan tergesa gesa terus berlari ke arah yang bibik tunjuk. Sambil aku jerit panggil nama aqil.
Lebih kurang pukul 11.30 pagi sampai aku ketempat aqil, aku tengok ramai orang keliling aqil sambil aqil terbaring lembik tanpa sedar dan badan aqil serta merta biru. Orang semua sibuk beri bantuan pada aqil. Kebetulan masatu ada sorang hamba Allah ni nampak aqil terapung dan dia yang tolong tarik aqil ke tepi untuk tolong aqil sambil tanya “anak siapa ni? “anak siapa ni?”
Lepastu kebetulan yang tolong buat cpr pada aqil adalah 2 orang doktor yang memang bercuti di hotel yang sama. Doranglah yang bantu aqil sebelum sampainya ambulans dan paramedik lain. Aku lihat, mereka bersungguh sungguh tolong aqil. Ramai orang menjerit dan cuba bacakan ayat ayat al quran dikeliling aqil. Semua orang bersungguh tolong aqil sayang😥. Mulut kami semua tak henti semoga Allah beri keajaiban kepada aqil. Tengok pada gambar 11, itulah tempat kolam aqil lemas. Aqil lemas di kolam orang bewasa. Tak sampai beberapa minit pun sebenarnya.
Aqil Disahkan Tiada, Tenang Dengan Senyuman
Aqil dikejarkan ke hospital untuk dapatkan rawatan kritikal, dokter cuba sedaya upaya untuk selamanya aqil. Dokter bagitahu keadaan aqil masih tidak beri respond. Aqil masih bergantung pada mesin sebenarnya. Tepat jam 12 malam doktor bagitahu mama dengan mama aqil, kalau terjadi apa apa kena tabah dan redha.
Mama dengan papa aqil dah mula redha kalau terjadi apa apa. Jam 12.30 pagi doktor dah bagitahu aqil masih tak respond dan terpaksa habiskan ubat dan cabut segala wayar pada badan aqil. Aqil disahkan tiada, Kami redha dengan pemergian aqil. Aqil pergi dengan keadaan sangat tenang. Muka aqil Indah, senyum, wangi nya ya Allah!
“mama, Aqil nak pergi syurga tau” Aqil Selamat Dikebumikan
Jam 3 pagi aqil sampai rumah opah dengan atok. Sedihnya, atok sambut aqil sayang. Kebetulan atok discharge semalam juga. Atok singgah tengok aqil pulak kat hospital sebelum atok balik rumah. Sebelum tu atok bacakan yaasin untuk aqil dirumah lepas atok sampai rumah. Atok dengan harapan aqil sedar. Allah maha menentukan segalanya rupanya.
Betul jadi kenyataan untuk Aqil. Perjalanan Aqil ke syurga semua orang cemburu qil. Indahnya hidup Aqil sekarang. Kami semua rindu aqil tau. Aqil tunggu acik dan semua datang sana ya. Takda dah nak dengar aqil gado dengan rifai, rizqi rafanda😥.
Semoga tenang disana anak syurga, kamu dah di syurga sayang. Indah sangat tempat aqil. Aqil pergi buat selamanya. Baru je kita gembira semalam. Atok yang sakit, tapi aqil yang pergi. Aqil ganti atok ya sayang. Sentiasa rindukan aqil tau.
Aqil yang montel, last semalam acik mandi dengan aqil. Acik peluk aqil, acik picit badan badan aqil sebab aqil montel sangat. Dah tak dapat nak tepuk tepuk badan aqil lagi lepasni. Allah kuat kan mental Kami semua. Terima kasih bagi pinjam aqil 5tahun. Minggu depan harijadi aqil. Video harijadi aqil tu tahun lepas. Rindunya ya Allah.
Terima kasih ramai mendoakan aqil sejak semalam. Moga Allah SWT balas kebaikan pada semua. Marilah kita semua sedekah Al fatihah kepada Aqil anak syurga.
Al fatihah aqil sayang🤲
SUMBER: Siti Azlina Lynn