loading...

Bancuh Je Dengan Air Terus Jadi Bubur, Biskut Beras Bayi Perisa Mangga Homemade Jimatkan Masa Mama!

Salah satu cara untuk pastikan bayi kita makan nasi secukupnya adalah dengan variasikan menu buatnya. Salah satu cara adalah dengan menjadikan biskut beras bayi seperti yang dikongsikan ini. Bukan sahaja boleh dibancuh dengan air dan jadikan bubur bayi bahkan anak yang sudah besar pun boleh jadikan snek. Krup krap makan tanpa henti.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Myra Shafie ini memang awesome. Mudah je cara hendak membuatnya. Paling penting biskut beras ini boleh meringankan tugas ibu terutama yang bekerja. Lagi selamat dan yakin sebab kita yang sediakan sendiri. Balik sahaja kerja, bancuh dengan air dan boleh terus suapkan pada bayi. Wow awesome!

Hari nie first time try n error buat biskut beras sendiri. Buat Mango Flavour. So biskut nie boleh makan macam tu jee or boleh jadikan macam nestum. So senang mommy nak travel ke nak tinggal dekat babysitter ke sebab boleh tambah air terus. Step ada pada gambar ye.

Bahan-bahan:
1 cawan beras (campur beras Sumo)
114gm unsalted butter
Sedikit puri mangga
5 sudu makan tepung
3 sudu makan ubleach flour

Langkah Demi Langkah Biskut Beras


Saya sangai beras 1 cawan. Saya campur beras biasa dan beras sumo.

Dah sangai elok sampai kering dan brownish, blend kan.

Tapiskan sebab nak serbuk yang lagi halus.

Blend mango TANPA AIR ya.

Puree mango campur unsalted butter. Dalam 114g butter (kalau jenama anchor tu separuh)

Dah sebati elok, masukkan serbuk beras yang dah ditapis.

Saya letak 5 sudu besar penuh ye tepung jagung.

Lepas tu tambah 3 sudu besar unbleach flour. Uli-uli doh agak-agak tak berderai dan tak melekat. Kalau masih berderai boleh tambah mango puree/unsalted butter.

Saja try guna acuan donut. Bakar pada suhu 160, dalam 10 minit, api atas bawah.

So ni laa hasil dari ibu yang tak berapa nak kreatif. Ada tebal ada nipis. Ok laa.. first try kan.. 😉

Bila nak makan boleh tambahkan air jee terus. Mudah!

Previous
Next Post »
loading...