loading...

Masuk Usia 3 Tahun Belum Cakap, Baru Tahu Anak Bermasalah. Ambil Masa 4 Tahun Pulih!

Dalam tempoh usia berapa ibu ayah kena risau kalau anak lambat bercakap. Kadang tu apabila orang mula membandingkan anak kita yang belum cakap dengan anak orang lain, kita mula keliru dan tertanya-tertanya betulkah anak kita lambat bercakap atau memang sengaja tak nak bercakap.

Perlu difahami jika anak dah cecah dua tahun tapi ibu bapa rasa macam ada kelainan pada anak, jangan pandai-pandai sedapkan hati. Tak salah sebenarnya jika kita bertindak awal dengan berjumpa pakar untuk pengesahan.

Rujuk pakar tak bermakna anak kita ada masalah besar tapi setidaknya kita tahu apa perlu dilakukan sebelum terlambat.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Norizaidah Sohefudin mengenai anak sulungnya, Megat Iman Zikry Megat Ilham Bani yang disahkan mengalami masalah lambat bercakap ketika usianya 2 tahun setengah boleh beri panduan untuk ibu-ibu lain.

Sebagai ibu kita ada satu ‘rasa’ dan bila ada tak kena jangan terlalu nak sedapkan hati hingga perkembangan anak terjejas.

Dalam tempoh 4 Tahun

Anak lambat bercakap? Ibu ayah tolong bertindak sekarang! Alhamdulillah, Megat Iman bakal discharge daripada terapi pertuturan. Normal ke anak lambat bercakap?

Megat Iman ni masa umur dia 2 tahun setengah, baru cikda perasan dia tak bercakap. Dia takda komunikasi 2 hala. Dia kuat tantrum. Dia pandai sebut 123, ABC, Warna, animal, tapi dia takda soal jawab. Dia tak bertanya dan tak menjawab.

Kuat tantrum

Bab tantrum memang no.1. Bila-bila masa dan kat mana-mana pun dia boleh tantrum. Mana tak tantrum, kita tak faham apa yang dia nak dan dia pun tak reti nak bagitahu apa yang dia nak. Bila dah jadi macam tu, mengamuk laa jawapan dia. 😢

Banyak kali cikda zahirkan rasa risau ni pada orang samada kawan kawan atau ahli keluarga. Dan ada kalangan mereka yang kata,

“budak lelaki memang lambat bercakap”
“Nanti masuk sekolah, pandai la dia bercakap”
“Anak si polan tu pun umur 7 tahun baru bercakap elok lancar”

Tu antara jawapan yang selalu cikda dapat. Tapi, kita mak. Kita boleh rasa ada yang tak kena pada anak kita. Jadi cikda start mencari jalan hingga bertemu pakar.

Benda ni renyah sikit sebab kena ikut step by step, makan masa yang agak lama untuk dapat satu satu date appointment, tapi bersabarlah. Demi anak tersayang.

Bila dah jumpa pakar, ujian demi ujian dilakukan, soalan demi soalan diutarakan, nahhh pakar mengesahkan Megat Iman ada masalah lambat bertutur (speech delayed), dan suspek mild autism. Dan dia perlu mulakan terapi (Speech theraphy & Occupational theraphy).

Setiap bulan terapi. Swasta dan kerajaan. Tidak hanya terapi di pusat terapi, kat rumah pun kami praktis. Ikut apa yang therapist ajar. Cara bertutur dengan betul. Cara bertanya dengan betul. Aktiviti apa yang perlu dibuat. Banyak lagi yang diajar.

Perubahan positif selepas 4 tahun terapi 

Akhirnya, setelah hampir 4 tahun menjalani terapi, Alhamdulillah akhirnya therapist mengesahkan Megat Iman dah capai level pertuturan mengikut umur dia yang betul dan bakal discharge dari menjalani terapi.

Yes memang dia banyak bercakap sekarang.
Dia benti bercakap time dia tidur je. Dia celik je mata, mulut dia non stop pot pet pot pet. Kita pulak yang penat nak layan kadang kadang. 😂

Jadi pesan cikda pada ibubapa yang punyai anak lambat bercakap. Bawa anak berjumpa pakar. Jangan dengar apa orang lain cakap, dengar laa apa yang pakar cakap tentang anak kita.

Tolonglah jangan biarkan. Anak kita bakal bersekolah. Nak ke kita tengok anak kita tak boleh belajar bila dia masuk sekolah nanti? Nak ke kita tengok anak kita ketinggalan pelajaran sebab masalah pertuturan ni?

Anak kita perlukan bantuan dan orang yang kena bantu dia adalah kita. Ibu bapa dia sendiri.

Tak sedih ke kita tengok anak kita bercakap bahasa alien sedangkan kanak-kanak lain sebaya dia elok bercakap. Tolong mulakan dari sekarang. Anak bercakap lambat tu TAK NORMAL.

Ibu ayah jangan nafikan kalau kita rasa anak kita bermasalah. Jangan sedapkan hati sendiri dan tunggu tunggu sampai anak bercakap. Kita yang kena bantu sebab itu anak kita.

Tanda-tanda anak lambat bercakap 

✅ Anak umur setahun boleh sebut 1 patah perkataan. Anak umur 2 tahun boleh sebut 2-3 patah perkataan yang digabungkan. Contoh : Nak makan / nak makan nasi.

Kalau anak masih tidak bercakap, bercakap perkataan yang sukar difahami, menunjuk dengan jari jika dia mahukan sesuatu, tiada eye contact, sila rujuk langkah seterusnya.

Langkah-langkah mendapatkan rawatan pakar di Hospital Kerajaan

✅ Bawa buku pink/biru anak ke Klinik Kesihatan terdekat dan minta Doktor/Nurse buatkan surat untuk berjumpa PAKAR KANAK-KANAK, AUDIO TEST DAN PAKAR PSIKIATRI KANAK-KANAK.

✅ Surat akan diberikan beserta tarikh temujanji. Sila pergi temujanji, bawa anak sekali sebab beberapa test (assessment) akan dibuat pada anak. Ibuayah juga akan di interview berkaitan masalah perkembangan anak.

✅ Pakar akan diagnose anak berdasarkan keputusan test dan interview. Samada cuma speech delayed sahaja atau autism. Dan terapi akan dimulakan. Samada TERAPI PERTUTURAN atau TERAPI CARA KERJA, atau kedua-duanya sekali.

✅ Tolong bawa anak ke terapi mengikut jadual. Dan buat juga terapi dirumah. Tak susah pun terapi, lebih pada belajar sambil bermain. Boleh tanya therapist nanti apa aktiviti yang bagus untuk dibuat dirumah.

Ramai tanya terapi tu macam mana? Kena duduk wad ke? Kena makan ubat ke? Kena masuk dalam mesin ke?

Takkkk, terapi tu macam belajar sambil bermain. Setiap aktiviti tu ada kebaikan dia iaitu merangsang saraf dan menajamkan skill motor halus anak. Tak menyakitkan pun malah anak-anak pun seronok nanti.

Walaupun anak-anak di hantar ke terapi, ibu ayah pun memainkan peranan penting dirumah. Ajarlah anak dan bermain bersama-sama. Bercakap dan berceritalah dengan mereka biarpun mereka tak memberi respon. Teruskan, jangan putus asa.

Semoga anak-anak kita semua diberikan kesembuhan dan dapat membesar dengan sihat sempurna seperti kanak-kanak lain. Insya’Allah

Sumber: Eida Ilham

Previous
Next Post »
loading...