loading...

Emma Watson Enggan Bergambar Dengan Peminat

LOS ANGELES: Dalam kesibukan menjayakan promosi filem Beauty and the Beast di seluruh dunia, pastinya ramai peminat yang tidak sabar untuk berjumpa dengan pelakon utamanya, Emma Watson.

 

Bagaimanapun, kenyataan aktres itu menerusi majalah Vanity Fair pasti membuatkan peminatnya berkecil hati apabila beliau dilaporkan tidak mahu lagi bergambar swafoto bersama mereka. Alasannya, beliau mahukan privasi dan keselamatan yang lebih terjamin.

 

“Apabila seseorang mengambil gambar saya dan kemudian memuat naik foto itu di laman sosial, selepas hanya beberapa saat orang akan tahu di mana saya berada,” katanya.

 

Bagaimanapun bagi membuktikan dirinya prihatin terhadap peminatnya, beliau lebih senang berbual tanpa sebarang rakaman foto mahupun video.

 

“Saya akan duduk bersama mereka dan menjawab setiap soalan yang diberikan. Tetapi saya tak mahu bergambar,” tegasnya lagi.

 

Begitupun beliau tetap membuat pengecualian, seperti bergambar dengan kanak-kanak dengan tujuan menggembirakan mereka.

 

Pendekatan sedemikian juga membolehkan pelakon ini ‘menyelamatkan’ teman lelakinya, William ‘Mack’ Knight, daripada menjadi perhatian ramai. Sehingga kini, wanita muda terbabit dilihat mampu mengasingkan kisah peribadi daripada kerjaya seninya.-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...