loading...

Isu Tuntutan Mayat Jong Nam Selesai 2 Hingga 3 Minggu

PUTRAJAYA – Isu tuntutan mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dijangka diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, kerajaaan kini sedang mencari langkah penyelesaian terbaik berhubung isu yang berlaku disebalik tuntutan mayat tersebut.

“Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar berhubung langkah seterusnya jika mayat tidak dituntut keluarga Jong-nam.

“Kita beri masa dalam tempoh dua sehingga tiga minggu lagi untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Anugerah Inovasi Penyelidikan Persatuan Farmaseutikal Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, mayat Jong-nam masih berada di Institusi Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...