loading...

Perak Harap Bajet 2018 Beri Impak Besar Kepada Negeri

BERUAS – Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini diharap mengambil kira keperluan Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata pihaknya percaya bajet itu akan memberi impak besar bukan saja kepada masyarakat, tetapi kepada semua sektor yang ada di Perak.

“Bajet kali ini dijangka menyentuh falsafah pembangunan yang berasaskan daripada hati.

“Perdana Menteri akan bentangkan bajet yang memberi impak kepada semua sektor yang ada dalam masyarakat termasuk di peringkat bawah sama ada peringkat kawasan kampung, bandar dan golongan berpendapatan rendah, sederhana dan lain-lain,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Teras Pelancongan dan Kebudayaan serta Program Pekan Beruas 100 tahun dan Kenduri Rakyat di Padang Pekan Beruas sempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Manjung di sini, hari ini. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...