loading...

'Naturist' - Budaya Baru Yang Lebih Menakutkan Berbanding Budaya Punk atau Raver

aditya nudist indonesia

Kenali Aditya

Tubuh Aditya langsung tidak mempunyai seurat benang pun. Ketika dia ditemubual, titisan minyak panas terbang mengena perutnya daripada masakan ketam yang sedang dimasaknya dalam kuali.

"Saya gemar berbogel, termasuklah ketika masak," kata Aditya. "Saya seronok dan gembira berbogel melakukan rutin harian." Hidup dalam negara yang mempunyai populasi Islam paling ramai di dunia dan menjadi satu kesalahan jenayah, jika dia berbogel di khalayak ramai, Aditya tahu dirinya mengambil risiko besar.

Namun itu tidak menghalang dia dan empat orang lagi aktivis bogel berjumpa secara sulit. Semenjak 2007, Aditya hidup sebagai seorang 'nudist.' Pada mulanya dia hanya membaca tentang cara hidup itu, namun kemudian dia menjadikan berbogel sebagai cara hidupnya.

Naturist di Indonesia

Cara hidup yang dinamakan 'naturist' ini tidaklah mempunyai ramai pengikut di Indonesia. Di Jakarta hanya ada 10 ke 15 orang pengamalnya, bercampur lelaki dan perempuan namun bagi Aditya, ini yang membuatkan hubungan sesama mereka jadi lebih rapat.

"Tak ada siapa pun yang malu tak kiralah saiz kami gemuk, zakar kecut, saiz buah dada kecil, parut hodoh atau tanda lahir dalam komuniti kecil kami," kata beliau yang berhasrat dapat mengembara ke Perancis di mana kehidupan berbogel di terima.

Sukar bagi mereka mengamalkan hidup mereka di Indonesia, sehinggakan mereka terpaksa menyewa villa-villa di kawasan pergunungan, hanya untuk membolehkan mereka lari dari masyarakat ketika berbogel.

aditya nudist indonesia bbc wawancara

Serangan di media sosial

Aditya mempunyai sebuah akaun Instagram yang dibuka untuk memuat naik gambar terbaru beliau, khas untuk komuniti mereka. Walaupun begitu, selepas satu gambarnya berdiri di tepi sebuah gereja ditegur rakannya kerana boleh menyebabkan dia ditahan pihak berkuasa, Aditya menutup akaun tersebut.

"Ramai orang ingat, kehidupan berbogel ini mestilah dikaitkan dengan seks, tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa yang seksual pun tentang cara hidup kami," kata Aditya. "Orang yang rasa berpakaian adalah lebih sopan adalah orang yang hipokrit."

baska bunculuka naturist camping

Harapan Aditya

Aditya berharap agar dia dapat mendidik masyarakat Indonesia yang dia serta komuniti 'naturist' yang sama seperti dia, juga manusia. "Apa yang kami lakukan, bukannya pornografi." kata Aditya.

"Saya sedih apabila dihakimi orang ramai yang mengatakan saya seorang yang tidak bermoral, malah ada yang memanggil saya binatang. Ini bukannya perkara teruk, saya tidaklah menyakiti sesiapa pun," ujar beliau.

Ada kalanya Aditya mahu mencabar mereka yang tidak faham tentang cara hidup mereka ini dalam media sosial, namun dia tahu dia hanya akan berhadapan dengan perkara yang sama; kecaman demi kecaman akan dihamburkan semula kepada dia, hanya kerana masyarakat Indonesia tidak dapat menerima yang hidup berbogel sepenuhnya susah nak diterima mereka semua.


papan tanda komuniti nudist

NOTA : Begitulah dunia. Semakin banyak perkara yang bila dilihat secara dasar, kelihatan logik kerana kita semakin hari semakin digalak untuk berfikir mengikut hujah kemahuan manusia. Jika mentaliti ini diteruskan, nescaya akan membiaklah golongan ini di merata-rata tempat seperti apa yang kita dapat lihat di negara-negara barat.

Kami berharap kisah ini dapat menjadi pengajaran pada kita semua yang bukan semua perkara itu, harus dihalalkan hanya kerana manusia mahu melakukannya.

TERJEMAHAN ARTIKEL

Indonesia's Secret Nudist Community Defying the Law

Previous
Next Post »
loading...