Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli
Penyanyi Haqiem Rusli dikatakan terikut-ikut dengan gaya penyanyi senior yang gemar memakai kaca mata hitam ketika beraksi di pentas.
Tak kurang, imej itu membayangkan dirinya sebagai seorang 'playboy' dan seolah-olah sombong.
"Ramai yang cakap saya seorang playboy apabila melihat saya bercermin mata hitam walaupun membuat persembahan pada waktu malam.
"Ada juga yang cakap saya sombong," luah Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli.
Haqiem membuat kenyataan tersebut di sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Menerusi program itu, dua lagu Haqiem yang menerima pencalonan ialah Segalanya dan Tergantung Sepi.
Antara bakat muda lain yang berentap termasuk Wany Hasrita, Tajul, Ismail Izzani, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.
Dalam pada itu, Haqiem yang berusia 19 tahun itu berkata, dia punya sebab tersendiri mengapa sering tampil berkaca mata hitam.
Jelas Haqiem, gaya itu membuatkan dirinya lebih berasa yakin, sebelum akhirnya menjadi kebiasaan dan 'trademark'.
"Tetapi sebenarnya cermin mata hitam ini membina keyakinan diri saya dan apabila saya semakin selesa, imej ini serasi dan menjadi trademark saya sampai sekarang.
"Jadi, untuk menyanyi saya perlu pakai cermin mata hitam," katanya lagi.