loading...

Ridzuan Gesa Musa Diam Isu Sindiket 9 ‘Dragons’

ISU mengenai sindiket 9 ‘Dragons’ makin hangat dan panas nampaknya apabila pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak.

Baca: Pihak Berkuasa Buru VIP Dalangi Sindiket 9 ‘Dragons’

Susulan perkara itu, Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd. Ridzuan Abdullah meminta agar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk ‘berdiam’ selepas bersara daripada pasukan keselamatan.

Perkara sedemikian timbul apabila bekas bos Bukit Aman itu kini dilihat seolah-olah ingin menjadi ‘hero’ dalam mendedahkan isu berkaitan jenayah.

Menurut Ridzuan, tindakan Musa mendedahkan perkara berkaitan aktiviti jenayah yang diketuai oleh sembilan individu bergelar ‘dragon’ itu boleh menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang ramai.

Juga: 9 Dragons: Bekas KPN Pernah Buka Cerita

Bukan itu sahaja malah mantan KPN tersebut sendiri tidak sepatutnya begitu berani mengeluarkan kenyataan seperti itu dek kerana bimbang akan memakan diri.

Tambahan pula, beliau kini tidak lagi berkhidmat ataupun berada dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kenapa hari ini kata isu pelacuran, perjudian dan sebagainya dikawal oleh satu kumpulan. Tak logik bila keluar kenyataan yang tak sahih, tak jelas dan tidak masuk akal,” katanya dipetik sebuah portal online.

"Beri Lesen Kepada Pemaju, Lagi Beban Pembeli!" - PPIMKetua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini pernah mendedahkan kegiatan perjudian yang dilakukan oleh kumpulan terbabit dan disiarkan dalam sebuah akhbar arus perdana.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan mendakwa bahawa sindiket haram di negara ini didalangi oleh sembilan ketua digelar ‘dragon‘ selain mampu mengutip hasil lumayan RM5 bilion sebulan.

Lagi: PPIM Tidak Gentar Ugutan Sindiket 9 Dragons

Ekoran pendedahan itu, Ridzuan menegur badan NGO berkenaan untuk lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pendedahan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kumpulan tersebut pula.

Ridzuan berkata sedemikian kerana pernah berlaku sebelum ini satu insiden serangan ke atas pengerusi sebuah NGO, R Sri Sanjeevan yang ditembak dua lelaki dalam kejadian di Jempol, Negeri Sembilan pada 2013.

“Kita tidak mahu PPIM menjadi mangsa kumpulan ini. Sebelum ini ada anggota Mywatch jadi mangsa,” ujar presiden Pekira ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...

Previous
Next Post »
loading...