loading...

"Komen Peminat Buat Hannah Delisha Terguris" - Syafiq Kyle

komen peminat buat hannah delisha terguris syafiq kyle

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle yang serasi dengan Hannah Delisha terpaksa berdepan dengan permintaan melampau para peminat.

Mereka yang sebelum ini sebagai pasangan kekasih dalam Mencintaimu Mr. Photographer didesak peminat fanatik untuk bersama dalam dunia realiti.

"Saya sedar, pada suatu tahap, ada peminat mahu saya dan Hannah bercinta. Mereka nak tengok apa yang ditonton menjadi realiti.

"Dalam hal ini, kami tidak boleh buat apa-apa lebih-lebih lagi dalam merealisasikan imaginasi peminat. Ini di luar kawalan.

"Baik saya mahupun Hannah, kami tak mahu larut dengan permintaan itu," katanya yang dipetik daripada portal BH Online.

Kini sekali lagi mereka berpasangan dalam projek filem baru Langsuir arahan Osman Ali menerusi penggambaran yang berlangsung di Langkawi, Kedah.

Gara-gara itu, peminat membanjiri media sosial dengan tanda pagar #lansuri mewakili watak Azlan dan Suri yang dilakonkan pasangan ini dalam filem berkenaan.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, dia menyedari akan perbalahan di kalangan netizen yang terlalu menurut imaginasi mahu melihat dirinya dan Hannah bercinta.

"Selalunya, pihak pengurusan akan memantau komen peminat. Saya juga menutup ruangan komen supaya ia tidak melarat.

"Bukan apa, ada komen dilayangkan membuatkan Hannah dan ibunya berkecil hati. Situasi ini tak elok. Tapi nak marah mereka pun, ada yang masih muda," dedahnya.

Syafiq memohon agar dia dan Hannah menerima pelepasan untuk terlibat dalam produksi yang mahukan mereka bergandingan dengan pelakon lain.

"Saya bimbang kalau peminat terus mahu saya terus berganding dengan Hannah. Saya pernah melihat senario sama terjadi kepada pelakon lain.

"Bagi saya, ruang untuk berganding dengan pelakon lain sentiasa terbuka. Sesiapapun boleh menjadi teman lakon kami. Saya juga mahu terus mencuba karakter baharu dan bukannya watak romantik saja," luahnya.

Sumber berita: BH Online
Previous
Next Post »
loading...