Selain merangkul gelaran juara Super Spontan kelmarin, lebih menarik perhatian adalah kelibat Emma Maembong disisi Kamal Adli. Dalam masa yang sama, Kamal sempat memberikan komen mengenai tindakan Zahirah Macwilson sebelum ini menjadi batu api dengan mengajak Emma menyerang beliau bersama-sama untuk memusnahkan hubungan mereka.
BACA: “Kami Sudah Okay Tapi Emma Masih Marah”
“Apa membuatkan saya lebih kecewa adalah sehari sebelum dia memuat naik perbualan WhatsApp di Instagram, dia meminta Emma untuk sama-sama menyerang saya bagi menampakkan saya bersalah. Emma sendiri memberitahu saya rancangan Zahirah dan sedar ada benda yang tidak kena”
“Saya tidak faham mengapa dia perlu merosakkan hubungan kami. Saya harap dia berhenti memberi kenyataan yang tidak masuk akal.
“Sepanjang memberi kenyataan kepada media, saya tidak pernah menyebut nama Zahirah. Saya bukan cari kesalahan Zahirah tetapi apa saya beritahu sebelum ini untuk membetulkan cerita sebenar kerana kesannya adalah kepada hubungan kami, dia dan Zul Ariffin masih seperti biasa”
“Kalau nak tunjuk bukti memang banyak tetapi tidak perlu saya buat begitu kerana ia akan menyebabkan isu ini berpanjangan. Dia lupa bahawa saya sudah lama dalam industri seni sedangkan dia baru setahun jagung,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.
Sementara itu, lain pula ceritanya di Instagram Zahirah. Menyedari kenyataan Kamal, Zahirah sempat mengemas kini entri terbarunya dengan mengatakan penjelasan Kamal hanyalah ingin menyelamatkan diri sendiri. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

#hiburan: Family Suka, Restu Tengok Saya Dengan ...

Lebih 20 Korban Gempa, Bangkok Zon Bencana ...

Tiga Beranak Antara Lima Maut Nahas Babitkan 4 Ken ...

Whatsapp Secara Rasmi Perkenal Ciri Tambah Muzik P ...