loading...

Janna Tuju 2 Single Terbaharu Khas Buat Peminat

BARU-BARU ini, Janna Nick telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya.

Baca: Kuman Di Paru-Paru, Janna Dikejarkan Ke Hospital

Tapi dalam sakit-sakit tu pun, perjuangan Janna sebagai anak seni harus diteruskan.

Menurut laporan portal Astro Gempak, pelakon dan penyanyi muda berbakat besar itu bakal melancarkan single terbaharunya tidak lama lagi.

Gadis berusia 22 tahun itu bakal mempertaruhkan dua buah single di mana salah satunya merupakan lagu duet dengan pelakon pujaan ramai, Alvin Chong.

“Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.

“Kedua-dua lagu tersebut bakal menjadi lagu tema untuk drama Coffee Prince.

“Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini,” katanya dipetik daripada portal Gempak Star.

Tambah pelakon utama Kau Aku Kita itu, pihaknya masih belum lagi mendapatkan tajuk bagi kedua-dua single terbaharunya itu.

Selain itu, penyanyi lagu Jampi, Hael Husaini juga dikatakan turut bekerjasama dengan Janna bagi menjayakan lagu solo kedua Janna.

Sementara itu, rezeki Janna kini semakin mencurah-curah kerana selepas berjaya bergelar penyanyi, pelakon dan usahawan, Janna juga sudah bergelar duta kebanyakan produk di Malaysia.

Untung Janna… Muda-muda lagi rezeki dah melimpah-ruah sampai tak menang tangan katanya.

Pelakon yang berasal dari Kedah itu juga telah dilantik menjadi duta produk Cassandra Beauty Dust serta dia turut berasa bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan dan juga berpuas hati dengan keberkesanaan produk itu.

“Saya tidak akan sesekali menerima tawaran menjadi duta jika produk itu tidak bagus dan saya mengakui produk ini amat berkesan selepas menggunakannya,” tambahnya lagi.

Semoga lepas ni lebih banyak pintu rezeki akan terbuka buat pelakon berjiwa besar seperti Janna ni. Cari rezeki tu, cari juga. Tapi jangan sampai lupa jaga kesihatan ya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...

Previous
Next Post »
loading...