loading...

Trak Angkut Barang Tanpa Pemandu Diuji Di Singapura

SINGAPURA – Buat pertama kalinya, sebuah trak tanpa pemandu mula diperkenalkan di kawasan Pulau Jurong di sini baru-baru ini, menurut laporan agensi berita tempatan MediaCorp.

Kenderaan berat tersebut telah pun digunakan secara percubaa sejak 24 Oktober lalu untuk memindahkan produk-produk dari pelbagai kemudahan gudang milik sebuah syarikat logistik asing yang berpangkalan di Belgium.

Trak tanpa pemandu ini akan diuji guna sepanjang 24 jam setiap hari selama tempoh enam bulan. Jika berjaya, 11 buah trak lagi tanpa pemandu akan ditambah dan dijangka memindahkan tiga juta tan kargo pada setiap tahun.

Pelbagai langkah keselamatan sudah dilaksanakan termasuk kawalan had kelajuan maksimum kenderaan, tanda-tanda jalan raya dipasangkan di kawasan fasiliti syarikat tersebut dan juga butang panik kecemasan.

Trak panjang tersebut dilaporkan hanya menggunakan sistem jejak satelit canggih untuk bergerak ketika masa sebenar. Selepas itu, ia akan digunakan di beberapa jalan raya awam pada fasa terakhir projek perintis berkenaan.

Kenderaan sepanjang 15.2 meter itu mampu mengangkut 250,000 tan barangan berat setiap perjalanan namun firma tersebut tidak menyatakan secara terperinci model trak digunakan semasa tempoh ujian dilakukan.

Syarikat Katoen Natie menyatakan bahawa trak tanpa pemandu itu dapat menjimatkan kos dan meningkatkan daya penghasilan serta menangani kesukaran untuk mendapatkan calon pemandu trak di Singapura.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga bakal mengerahkan sejumlah bas awam tanpa pemandu untuk beroperasi di jalan raya seluruh Singapura menjelang lewat tahun 2020. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...