loading...

Jodoh Perkahwinan Sebenarnya Takdir Atau Pilihan?

fattah amin fazura dr maza

Gambar sekadar hiasan.

Ramai yang selalu berkata "jodoh di tangan Allah, tidak perlu aku usahakan hal ini" tetapi ini antara pemahaman salah yang ada dalam kalangan masyarakat kita. Banyak orang sebenarnya salah faham tentang erti jodoh di tangan Allah dan adakah kita mampu mengubah jodoh kita?

Untuk memudahkan umat Islam memahami konsep jodoh, penulis ingin berkongsi penjelasan dalam konteks Islam dalam tajuk ini oleh Mufti Kerajaan Negeri Perlis, YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza. Perkongsian ini dibuat oleh Dr Maza pada 14 Oktober 2017 di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang baru-baru ini.

ulasan jodoh takdir atau pilihan dr maza

Sebelum pembaca memahami maksud jodoh, anda harus memahami konsep takdir yang ditentukan oleh Allah kepada kita. Berdasarkan apa yang disampaikan oleh Dr Maza, kejadian yang berlaku kepada kita boleh terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah ketentuan Allah yang manusia tidak mampu mengubah dan bahagian kedua merupakan bahagian yang kita boleh usahakan. 

Oleh sebab kita tidak boleh mengubah ketentuan Allah bahagian yang pertama, Allah tidak akan menyalahkan kita dan kita juga boleh mendapat pahala jika kita bersabar dan menerima ketentuan ini. Contoh ketentuan ini ialah kita dilahirkan dalam sesuatu kaum dan jantina kita semasa kita dilahirkan.

Kejadian kaum dan jantina disebut dalam Surah Al-Hujurat ayat 13. [49:13]

ulasan jodoh takdir atau pilihan

Bagi yang kedua, kita mempunyai pilihan dan ini berlaku dalam seharian hidup kita. Untuk yang ini pula terdapat sangat banyak contoh yang boleh diberikan. Contohnya, apa yang kita mahu makan hari ini, agama yang kita ingin anuti dan sebagainya. Ini apa yang kita boleh usaha seharian dan pilihan di tangan kita.

Kita boleh memilih sama ada kita mahu membawa kereta dengan tertib atau dengan cara tidak cermat yang boleh membahayakan kita. Memilih jalan yang membahayakan kita menyebabkan kita mendapat dosa jadi kita mempunyai pilihan melalui pemikiran akal kita sendiri

Untuk mengupas topik jodoh, Dr Maza menerangkan bahawa Allah menyuruh kita untuk memilih jodoh yang baik. Jika kita sengaja memilih jodoh yang kita tahu boleh membahayakan kita, kita melanggar perintah dan mendapat dosa kerana kita sengaja mencampakkan diri dalam kebinasaan.

Ini juga disebut dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 95 [1:195] seperti berikut:

ulasan tips cari jodoh

Jika kita mencari jodoh yang terbaik dengan semua usaha dan titik peluh untuk mendapatkan jodoh ini, kita akan mendapat pahala walaupun pasangan kita itu sebenarnya bersembunyi di sebalik topeng yang jahat. Untuk mengelak daripada terus terseksa, Allah beri banyak jalan keluar seperti cerai, fasakh dan sebagainya.

Kita mendapat pahala kerana niat kita betul dan apa yang kita usahakan itu sudah yang terbaik tetapi apa yang berlaku adalah diluar jangkauan kita. Setelah usaha dan berdoa yang terbaik, kita seharusnya bertawakal dan serahkan semuanya kepada Allah.

Oleh itu, jodoh sebenarnya adalah kedua-dua jawapan di atas. Jodoh adalah takdir dan juga pilihan kerana jodoh adalah pilihan kita dan juga takdir Allah. Diharapkan semua yang membaca dapat memahami selain mendapat manfaat daripada artikel ini. Semoga kita mendapat jodoh yang terbaik di sisi Allah.


Untuk melihat ulasan penuh Dr Maza boleh lihat video di bawah, ulasan tentang bermula pada 1:32:42.

Previous
Next Post »
loading...