loading...

Jobstreet Kena Godam! Maklumat Anda Dijual Beli Dikalangan Hacker

jobstreet kena hack

Baru-baru ini, pengguna Facebook bernama Troy Hunter telah memuatnaik status mengatakan bahawa beliau telah mendapatkan database Jobstreet dari laman rahsia  deepweb yang hanya boleh diakses melalui rangkaian TOR. Database tersebut memiliki 4 juta pengguna di Malaysia.

Bagi yang tidak mengenali siapa Troy Hunter ini, beliau sebenarnya adalah Pengarah PluralSight, juga seorang hacker, Pengarah Microsoft Serantau dan seorang MVP dalam bidang keselamatan komputer. Beliau juga adalah pemilik bagi laman web haveibeenpwned.

troy hunter jobsteet hacked

Menurut sumber, database penuh Jobstreet yang terbaru memiliki hampir 17 juta data pengguna, namun Troy Hunter hanya berjaya mendapatkan data lama sebanyak 4 juta buat masa ini. Beliau telah memuatnaik kesemua 4 juta data itu ke laman haveibeenpwned bagi pengguna menyemak sama ada maklumat login mereka selamat atau tidak.

Sekiranya anda menggunakan katalaluan yang sama bagi laman Jobstreet dengan laman-laman yang lain, anda seharusnya mengubah katalaluan anda secepat mungkin. Kerana kita tidak tahu maklumat dari kebocoran dan kes penggodaman Jobstreet ini telah tersebar sejauh mana dan seramai mana sudah memiliki database itu.

have i been pwned

Anda juga boleh menyemak sama ada maklumat anda selamat atau tidak dari laman web haveibeenpwned kerana laman ini menyimpan berjuta-juta database laman terkemuka seperti linkedin, myspace.com dan adobe.com.

Semak di sini : HaveIBeenPwned

Previous
Next Post »
loading...