loading...

Memalukan! Dia Terpaksa Bakar Kandang Kuda Untuk Hilangkan Bukti!

Di Republik Bashkortostan, seorang lelaki bertindak membakar kandang kuda tempatnya bekerja gara-gara ingin menghapuskan bukti yang jika tersebar akan membuatnya rasa malu seumur hidup.

Malangnya usaha untuk menghapuskan bukti ternyata sudah terlambat apabila rakaman CCTV sudah tersebar dan menjadi viral di internet.

Lebih malang lagi teman wanitanya juga menonton video tersebut, tanpa rasa ragu nekad memutuskan hubungan!

Jadi apa sebenarnya yang berlaku sehingga pekerja ladang kuda ini dikecam netizen dan ditinggalkan kekasih? Malah dia juga berdepan tindakan undang-undang.

Ceritanya begini… seperti biasa dia melakukan rutin harian bertugas di ladang kuda. Semasa asyik bekerja, dia mendapati seekor kuda terperangkap di antara dua pagar sehingga tidak mampu bergerak. Sementara itu seekor lagi sedang berdiri berdekatan sekadar memerhati.

Entah bagaimana tiba-tiba fikiran gilanya datang mengatasi akal waras. Dia menghampiri kuda yang terperangkap pada pagar tersebut, kemudian menanggalkan seluarnya, lalu memperkosa haiwan yang tidak berdosa itu.

Mungkin kerana terlalu asyik menikmati kuda tersebut, dia tidak sedar CCTV sedang ‘memerhati’ secara live dan merakam aksi jijiknya.

Selesai melampiaskan nafsu baru disedarinya yang kandang itu dilengkapi CCTV. Takut perbuatannya terbongkar, dia membakar kandang tersebut bersekali dengan CCTV yang ada dengan harapan bukti ‘kecurangannya’ terbakar sama.

Malangnya dia tidak tahu rakaman CCTV itu direkod di tempat lain. CCTV hanya berfungsi merakam, tetapi rekod akan tetap kekal pada cakera keras yang mungkin diletakkan dalam bilik pejabat atau bilik keselamatan syarikat.

Semasa melakukan siasatan, pihak berkuasa telah menemui rekod rakaman CCTV tersebut. Tidak diketahui pihak mana yang mengupload video berkenaan ke internet sehingga menjadi viral.

Kini lelaki tersebut ditangkap atas dua kesalahan iaitu melakukan khianat dan seks terlarang dengan haiwan. Sedapnya cuma sekejap, tapi akibatnya hilang teman wanita, hilang pekerjaan, meringkuk dalam penjara dan yang lebih buruk hilang maruah!

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...