loading...

Bajet 2018: Naik Taraf LTAL Tepat Pada Masanya

SUNGAI PETANI – Langkah untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 disifatkan tepat pada masanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata lapangan terbang berkenaan kini terlalu sesak dengan penumpang domestik dan antarabangsa.

“Tambahan lagi dengan laluan baharu penerbangan Langkawi-Guangzhou, lapangan terbang ini tidak boleh menampung jumlah penumpang yang terlalu ramai pada satu-satu masa.

“Sebab itu keputusan menaik taraf lapangan terbang ini adalah tepat pada masanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Taman Lembah Bujang Utama Fasa 5, Merbok dekat sini hari ini.

Tajul Urus berkata pengumuman mengenai pemansuhkan tol di Bukit Kayu Hitam turut disambut baik.

“Caj tol itu sebanyak RM3.60 ketika ini menjadi rungutan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...