loading...

Lepas Kamal Adli Dakwa Ditikam Dari Belakang, Ini Kenyataan Balas Zahirah Macwilson

lepas kamal adli dakwa ditikam dari belakang ini kenyataan balas zahirah macwilson

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Aktres Zahirah Macwilson memberitahu dia tidak takut dengan tuduhan Kamal Adli kerana mempunyai bukti yang cukup untuk menafikannya.

Malah Zahirah menganggap apa yang dikatakan Kamal dalam kenyataan terdahulu hanyalah untuk menyelamatkan diri.

"Hai, semuanya berada dalam keadaan baik, Alhamdulillah. Saya sudah tahu tentang kenyataan itu dan tidak mengapa.

"Bukti semua sudah ada, dia boleh bercakap apa yang dia mahu. Dah petik nama orang, dia perlu selamatkan diri dia juga," kata Zahirah.

Komen itu dibuat menerusi laman Instagramnya semalam (Sabtu).

Zahirah membuat kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut tentang pandangannya berkenaan apa yang dikatakan Kamal kepada beberapa portal berita pada Jumaat.

Aktor itu sebelum ini mendakwa isu antara mereka sudahpun selesai, namun tindakan Zahirah yang sengaja menikamnya dari belakang membuatkan kemelut hubungan beliau dengan Emma berpanjangan.

Malah Kamal memberitahu dia sudahpun memberikan penjelasan kepada Emma dan teman lelaki Zahirah iaitu aktor Zul Ariffin sekaligus memohon maaf kepada mereka andainya berlaku salah faham.

Dalam pada itu, Zahirah yang kini berada di Bosnia meminta netizen supaya berhenti bergaduh di laman sosial dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu itu.

Sumber berita: Mstar
Previous
Next Post »
loading...