loading...

Penceroboh Lari Ketakutan Melihat Lembaga Ngeri Dalam Rumah

Pada Selasa lalu kira-kira pukul 2 subuh, Joseph Parent 28 tahun telah menceroboh sebuah rumah di Jalan Sullivan, Massachusetts.

Tidak diketahui apa niatnya masuk menceroboh rumah tersebut. Mungkin mahu mencuri barang berharga. Dalam keadaan separuh khayal mengambil dadah, keberanian mengatasi segalanya. Salakan anjing tuan rumah langsung tidak menakutkannya.

Dalam samar-samar cahaya, dia mula menggeledah rumah tersebut. Tiba-tiba tanpa diduga sesosok lembaga muncul di sisinya. Lebih mengerikan lembaga itu tidak ditutupi walau seurat benang!

Walaupun cahaya agak malap, tapi Joseph dapat meilhat dengan jelas sosok tubuh menggeleber berkedut seribu merenungnya dengan tajam.

Kemunculan lembaga itu menimbulkan rasa takut dalam dirinya. Keberanian yang dijana oleh dadah di dalam urat nadinya nyata tidak mampu menandingi rasa gerun melihat lembaga di depannya.

“Maaf,” itu saja yang terluah oleh Joseph sebelum melarikan diri.

Salakan anjing yang berterusan telah mengejutkan lena Patricia Mulkeen. Suaminya Jack Mulkeen masih tidur di sampingnya.

Curiga dengan salakan anjing mereka yang diberi nama Pepper, Patricia segera bangun lalu mencapai lampu suluh. Kadang-kadang raccon mencuri masuk pada waktu tengah malam.

Dengan penuh berhati-hati dia melangkah perlahan keluar dari bilik dan menyuluh ke serata ruang dalam rumahnya. Dia terkejut apabila terlihat satu lembaga sedang berdiri tidak jauh darinya. Lembaga itu kelihatan kaku, kemudian menuturkan sesuatu sebelum beredar dan hilang dalam kegelapan malam.

Dengan segera patricia berlari masuk ke dalam bilik dan menceritakan insiden tadi kepada suaminya. Tanpa membuang masa mereka melaporkan kejadian itu kepada polis.

Bertindak atas maklumat yang diberikan, polis Cape Code tidak mengambil masa yang lama untuk memberkas Joseph Parent tidak jauh dari rumah mereka.

Jack Mulkeen 93 tahun bersyukur kerana penceroboh rumah mereka telah ditangkap. Menurutnya lagi, melihat isterinya Patricia 91 tahun tanpa seurat benang sudah cukup menakutkan Joseph sehingga melarikan diri.

Cuba bayangkan, kamu cuma berdua saja dengan wanita tua yang berumur hampir 100 tahun tanpa pakaian. Apa rasanya? Takut? Jijik? Atau ghairah?  😀  😀

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...