loading...

“Saya Keliru Dengan Kenyataan Zahirah”

Jika anda fikir hubungan cinta di antara Emma Maembong dan Kamal Adli akan berakhir setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon wanita tersebut, nampaknya kini keadaan mungkin berubah setelah Emma mengakui bahawa dia dalam keadaan marah ketika menyatakan perkara tersebut.

BACA: “Saya Belum Lamar Emma Maembong Seperti Didakwa”

“Buat masa sekarang tidak sesuai untuk saya bercakap lebih berhubung situasi yang berlaku. Tunggulah apabila keadaan sudah kembali reda. ??Ketika ini apa saja perkara yang dikatakan akan menyebabkan isu berpanjangan dan banyak implikasi negatif timbul berbanding positif”

“Kenyataan yang keluar dari mulut saya sebelum ini mengatakan kami sudah putus diluahkan ketika saya sedang sakit,” katanya kepada Harian Metro selain menjelaskan bahawa dia menyerahkan jodohnya kepada Tuhan.

Sementara itu, berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahirah MacWilson sebelum ini, Emma turut keliru kerana dia sendiri beranggapan segalanya yang berlaku di antara mereka bereempat (termasuk Zul Ariffin) sudah pun selesai.

“?Zahirah ada menghubungi saya 3 pagi kelmarin dan mengajak saya untuk bertemu dengan wakil media. Bagaimanapun saya katakan kepadanya tidak dapat turut serta kerana terikat dengan penggambaran drama”

“Saya juga tidak menyangka dia memberi kenyataan sedemikian rupa pada media. Ini termasuk perbualannya bersama Kamal menerusi WhatsApp dimuat naik di laman sosial miliknya,”? katanya.

Dalam masa yang sama juga, ada seorang jejaka dari Sabah yang turut terpalit dengan kisah cinta Emma. Bagaimanapun lelaki berkenaan menafikan sudah melamar Emma. Geometri percintaan yang dilalui Emma sedikit rumit namun kami pasti Emma bijak membuat keputusan demi masa depan yang cemerlang dan terjamin. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...