KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia petang tadi.
“Takziah kepada keluarga Allahyarham TS Muhammad Ali Hashim. Banyak jasa beliau kepada JCorp dan sektor korporat, moga roh
dirahmati. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter, malam ini.
Muhammad Ali, 70, meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara kira-kira 3.30 petang.
Menurut anggota keluarga terdekat, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua bulan lepas kerana menghidap barah. – BERNAMA
Loading...

Subjenama Baharu Chery, Lepas L8 Bakal Lancar Akhi ...

Dr Mahathir Says He Regrets Antagonising Anwar, ...

Comel Pun Dah Cukup.. Sandara Park Akui Bermin ...

Lelaki Tanam Bahan Letupan Di Kubur Abang ...