Isu perkembangan Lara Alana, anak kepada selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha al-Yahya bukanlah perkara baru. Tetapi baru-baru ini pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila bertindak membalas komen peminat yang mendakwa anak mereka ‘lembap’. Pasangan ini saling membalas komen menghentam tindakan peminatnya itu.
BACA: Awal Ashaari Bengang Dituduh Menunjuk Kaya
Menerusi laman Instagram, seorang individu dikenali Coreyrasd mendakwa Lara harus diberikan perhatian oleh kedua orang tuanya kerana perkembangan otak kanak-kanak itu yang perlahan. Selain itu, individu itu juga turut sama menasihati pasangan itu supaya buang ego masing-masing dengan membawa Lara berjumpa pakar.
Tidak tahan anaknya teruk dipersoalkan, Awal tampil menjawab komen individu terbabit dengan nada yang agak beremosi. Dalam komen itu, Awal mempersoalkan wanita itu yang tidak mengenali mereka dengan rapat tetapi sesuka hati menghukum didikan mereka terhadap anak-anak.
Selain itu, Scha juga turut sama meninggalkan komen terhadap wanita itu kerana berang didakwa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan masa berkualiti bersama Lara. Jelasnya lagi, mereka sudah pun membawa Lara berjumpa dengan pakar tapi ianya tidak perlu dikongsi di laman sosial.
Komen pedas wanita itu bukan saja menimbulkan kemarahan pasangan ini, malah ianya turut mencetuskan perbalahan antara peminat di ruangan komen. Sebagai peminat, tidak perlulah masuk campur urusan peribadi selebriti. Pastinya mereka tahu apa yang terbaik buat anak mereka. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW