loading...

Siling Kanopi, Palang Tol Tercabut Akibat Ribut

IPOH – Beberapa siling kanopi dan palang di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini tertanggal dan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut petir petang tadi.

Bagaimanapun, jurucakap Plus Malaysia Berhad ketika dihubungi Bernama, berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu.

Katanya akibat kejadian, empat lorong arah utara di plaza tol berkenaan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan kesesakan.

Setakat 7 malam tadi, kerja-kerja pembersihan masih dijalankan namun dua daripada lorong yang ditutup telah dibuka semula. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...